awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TUDM laksana Eksesais PARADISE, Elangaroo mulai isnin depan

Bernama
Bernama
05/11/2022
01:25 MYT
TUDM laksana Eksesais PARADISE, Elangaroo mulai isnin depan
Sepanjang eksesais dijalankan, pesawat akan melaksanakan penerbangan rendah pada waktu siang dan malam di beberapa kawasan sekitar ruang udara Semenanjung. - Gambar fail
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan FTX Eksesais PARADISE 9/22 (emParadrop, Air Defence, Deep Strike, Insertion, Combat Search Rescue and Extraction/em) dan Eksesais Elangaroo 22 bersama Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) mulai 7 hingga 18 Nov ini.
Markas TUDM dalam kenyataan semalam memaklumkan kedua-dua eksesais itu akan melibatkan beberapa pangkalan udara di Semenanjung.
"Sepanjang eksesais dijalankan, pesawat akan melaksanakan penerbangan rendah pada waktu siang dan malam di beberapa kawasan sekitar ruang udara Semenanjung iaitu Butterworth di Pulau Pinang dan Kuantan di Pahang serta kawasan sekitarnya yang digazetkan untuk lokasi eksesais.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas atau risau sekiranya melihat pesawat TUDM dan RAAF terbang rendah sepanjang tempoh eksesais berkenaan," menurut kenyataan itu.
Latihan itu diadakan oleh TUDM bagi memastikan keupayaan dan kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada pada tahap terbaik khususnya dalam melindungi kedaulatan ruang udara negara di samping meningkatkan kompetensi warga TUDM dalam eksesais bersama angkatan udara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TUDM
#eksesais
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan