"Kami Minta Maaf!" kata penerbit theindependent.sg, atau TISG.
"Kami memohon maaf dengan sepenuh hati kepada pihak yang berkenaan susulan penderitaan dan kesedihan akibat daripada insiden ini," menurut notis yang dimasukkan dalam laman sesawang TISG dan dilihat lebih 100,000 kali.
Notis itu menggantikan artikel asal bertajuk "warga Singapura berusia 25 tahun meninggal dunia selepas hospital Malaysia menuntut bayaran tunai sebelum rawatan" yang disiarkan pada 31 Ogos.
Ia dipercayai merupakan respons TISG kepada reaksi Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap artikel itu.
Kementerian itu berkata surat rasmi akan dihantar kepada kerajaan Singapura berikutan rasa tidak puas hati berhubung tindakan portal berita dalam talian republik itu yang menyiarkan laporan tidak berasas berkaitan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan petugas perubatan di Malaysia.
BACA: Kemalangan warga Singapura: Mungkin ada salah faham - rakan mangsa
BACA: Lelaki langgar lari warga Singapura dibebas dengan jaminan polis
Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pada Sabtu, surat itu akan diserahkan tidak lama lagi selepas perbincangan diadakan bersama pasukan guaman kementerian itu, dan Kementerian Luar.
"Surat kepada kerajaan Singapura itu akan menyatakan perasaan dan pandangan kami tentang apa yang telah dilakukan oleh portal (berita) itu. Selepas itu, terpulang kepada kerajaan Singapura untuk mengambil langkah selanjutnya," katanya.
BACA: HSA antara hospital terbaik di Malaysia - KP Kesihatan
BACA: Artikel tidak berasas: KKM diminta ambil tindakan undang-undang ke atas portal Singapura
Dalam laman sesawang itu, TISG mendakwa telah mencatatkan lebih sejuta pembaca dalam sebulan dan sedang memperluaskan liputannya ke Asia serta Australasia.
Menurut portal itu, ia mengetengahkan perspektif bebas terhadap berita dan hal ehwal semasa di Singapura.
Portal itu dimulakan pada 9 Ogos 2013.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 03 2017
Kementerian Kesihatan berkata surat rasmi akan dihantar kepada kerajaan Singapura susulan rasa tidak puas hati berhubung tindakan TISG yang menyiarkan laporan tidak berasas berkaitan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan petugas perubatan di Malaysia.
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
[INFOGRAFIK] Perang Palestin-Israel | Fakta Nombor (Sehingga 19 April 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan perang Palestin-Israel, fakta nombor, sehingga 19 April 2024.
Presiden Iran, Pakistan adakan pertemuan luas kerjasama
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di kediaman rasmi Presiden di Islamabad dalam lawatan tiga hari beliau ke negara tersebut pada Isnin.
PM Australia gelar Elon Musk jutawan sombong, ingkar arahan kerajaan
Mahkamah Australia telah mengarahkan platform X menyembunyi beberapa hantaran mengulas insiden kes tikam seorang paderi di Sydney sekali gus memburukkan perang mulut antara pemilik platform media sosial Elon Musk dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
Gempa bumi sederhana landa Taiwan
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Taiwan pada 8.04 pagi ini.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
Portal MYStartup dilancar, platform sehenti untuk syarikat pemula
MYStartup Single Window direka untuk memupuk kerjasama, inovasi dan jangkauan global, menawarkan maklumat yang teratur kepada pengasas, pelabur dan bakat teknologi.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut.
Nahas Helikopter: TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca dua helikopter yang terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, pada 9.32 pagi, Selasa.
Undang-undang tuntutan berita dalam talian harus segera dilaksana
Johan berkata, ia harus segera dilaksanakan bagi memastikan industri media di negara ini kekal mampan.
Undang-undang tuntutan bayaran berita dalam talian perlu kajian menyeluruh - Pakar
Menurut penganalisis, tiba masanya kerajaan menimbangkan cadangan melaksanakan akta berkenaan bagi memastikan industri media kekal mampan.
Tuduh hospital enggan beri rawatan tanpa deposit: TISG minta maaf
"Kami memohon maaf dengan sepenuh hati kepada pihak yang berkenaan susulan penderitaan dan kesedihan akibat daripada insiden ini," menurut notis yang dimasukkan dalam laman sesawang TISG.