BALIK PULAU: Polis menahan lima lelaki dan dua wanita yang dipercayai menjadi 'keldai akaun' kepada pelbagai sindiket penipuan sehingga menyebabkan beberapa mangsa kerugian RM325,332 dalam kejadian di daerah Barat Daya, di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata kesemua mereka termasuk seorang warga emas itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya secara berasingan di sekitar negeri ini semalam.
"Dalam kes membabitkan seorang mangsa dengan kerugian RM190,000, polis menahan seorang wanita berusia 20 tahun selepas dipercayai menjadi 'keldai akaun' kepada sindiket penipuan.
"Sindiket itu telah memperdaya mangsa yang tinggal di Balik Pulau di sini melalui penipuan 'Phone Scam' dengan menyamar sebagai pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan syarikat kurier sehingga dia melakukan enam transaksi ke akaun bank membabitkan jumlah RM190,000," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya bagi kes lelaki warga emas berusia 61 tahun pula, suspek dipercayai menjadi 'keldai akaun' sindiket pelaburan Bitcoin yang tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM50,000.
Kamarul berkata kes berikutnya membabitkan penahanan seorang lelaki berusia 26 tahun kerana menjadi 'keldai akaun' sindiket memperdaya mangsa dengan pinjaman dalam talian yang tidak wujud sehingga mangsa kerugian RM44,120.
"Dalam kes lain, kami juga menahan seorang wanita berusia 20 tahun kerana menjadi 'keldai akaun' sindiket memperdaya mangsa dalam urusan pinjaman yang tidak wujud secara dalam talian menyebabkan kerugian RM23,550," katanya.
Menurutnya tiga lagi lelaki berusia 33 hingga 49 tahun ditahan membabitkan kes berasingan menyebabkan mangsa-mangsa kerugian antara RM3,822 hingga RM7,240.
Katanya semua tujuh individu yang ditahan itu direman bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan menipu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024
Kamarul Rizal berkata kesemua mereka termasuk seorang warga emas itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya secara berasingan di sekitar negeri ini semalam. - Gambar fail/PDRM
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Polis dedah lakaran fotofit suspek serangan simbah asid Faisal Halim
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedarkan fotofit atau lakaran wajah dipercayai suspek terbabit serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim pada Ahad.
Serangan balai polis: Bapa konstabel Ahmad Azza Fahmi reda, tak halang anak lain jadi polis
Azhar Khaiden berkata dia reda dengan kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada lapan beradik itu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: JI masih ada saki-baki di Asia Tenggara
Professor Datuk Muhammad Nur Manuty berkata, insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram menunjukkan bahawa kumpulan Jemaah Islamiyah masih mempunyai saki baki ahli di Asia Tenggara.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia
Selangor mencatatkan kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun di negara ini.
Kes Faisal Halim: Polis nafi tangkap suspek ketiga
Polis menafikan dakwaan ada tangkapan suspek ketiga membabitkan kes simbah asid terhadap tonggak pasukan bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.
Kes Faisal disimbah asid: Polis tunggu hasil analisis cap jari suspek
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, semakan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek ada menyentuh beberapa kawasan serta tempat di lokasi kejadian.
Polis hubungi dua pengurusan tertinggi Selangor FC
Polis mengesahkan telah menghubungi dua pengurusan tertinggi Selangor FC untuk diambil keterangan susulan laporan dibuat sebelum ini.