NARATHIWAT : Sekurang-kurangnya tujuh anggota polis cedera dalam insiden letupan bom dan berbalas tembakan di Tak Bai Narathiwat, di selatan Thailand pada Sabtu.
Pemangku Ketua Polis Tak Bai Leftenan Kolonel Polis Jarukit Sridech berkata satu letupan bom berlaku di depan sebuah kedai emas, kira-kira pukul 1.30 pagi (waktu tempatan).
"Sebutir bom buatan sendiri seberat 20 kilogram diletupkan dan menyebabkan kedai emas itu musnah.
"Sejurus itu, pos keselamatan polis Tak Bai yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian turut diserang hendap sekumpulan lelaki bersenjata. Insiden berbalas tembakan berlarutan hampir 30 minit.
"Tujuh anggota polis cedera. Polis turut menemukan ratusan kelongsong peluru di lokasi kejadian," katanya kepada pemberita.
Jarukit berkata satu lagi insiden letupan bom turut dilaporkan berlaku kira-kira 200 meter dari tempat kejadian pertama.
"Motif kejadian masih dalam siasatan," katanya.
Insiden itu berlaku beberapa hari sebelum ulang tahun ke-19 Tragedi Tak Bai yang menyaksikan 85 peserta protes maut.
Tragedi itu berlaku pada 25 Okt 2004 selepas peserta protes bertindak ganas apabila tentera melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke arah lebih 1,000 peserta, di luar Balai Polis Tak Bai.
Protes itu diadakan kerana membantah penahanan enam lelaki yang dituduh merompak senjata api milik kerajaan Thailand dan membekalkannya kepada pihak pemberontak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 21 2023
Satu letupan bom berlaku di depan sebuah kedai emas, kira-kira pukul 1.30 pagi (waktu tempatan).
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
Sempadan Malaysia-Thailand dibuka seperti biasa - Polis
Sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Rantau Panjang dibuka seperti biasa dan tidak ditutup susulan insiden letupan bom serta berbalas tembakan.
Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla pantau rapat serangan kebakaran di selatan Thailand
Berdasarkan laporan terkini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas kerana insiden berkenaan.
Serangan bakar jahat di tiga wilayah selatan Thailand
Sekurang-kurangnya 30 serangan termasuk bom dan bakar jahat dilaporkan di tiga wilayah selatan awal pada pagi Jumaat.
Rundingan damai selatan Thailand disambung semula
Selepas hampir setahun tergendala, Proses Dialog Damai di Selatan Thailand akan disambung semula bulan depan.
Minyak masak peket subsidi Malaysia dijual RM5 sepeket di Tak Bai
Minyak masak peket bersubsidi dari negara ini didakwa masih dijual di kedai-kedai di tepi sungai Golok di Tak Bai, Thailand.
Air surut, pembersihan rumah terjejas banjir di selatan Thailand bermula
Hujan lebat mengakibatkan banjir di lima wilayah selatan - Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun sejak 22 Disember lalu.
Hampir 70,000 isi rumah terjejas, banjir semakin buruk di wilayah selatan Thailand
Sekurang-kurangnya enam orang maut dan hampir 70,000 isi rumah terjejas berikutan banjir di lima wilayah di selatan Thailand.
Banjir di selatan Thailand semakin buruk, jejas hampir 20,000 rumah
Hujan lebat cetuskan banjir secara menyeluruh di selatan Thailand, menyebabkan hampir 20,000 isi rumah terpaksa berpindah di lima wilayah.
Selatan Thailand: Ribuan penduduk terjejas akibat banjir
Di Narathiwat seramai 9,558 penduduk terjejas manakala di Yala seramai 139.
14 maut, 35 cedera dalam nahas bas persiaran di selatan Thailand
Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala 35 lagi cedera apabila sebuah bas persiaran terbabas dan melanggar pokok di wilayah Prachuap Khiri Khan, selatan Thailand.