awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh prinsip tangani cabaran penyalahgunaan AI - Lih Kang

Astro Awani
Astro Awani
20/09/2024
03:00 MYT
Tujuh prinsip tangani cabaran penyalahgunaan AI - Lih Kang
Chang Lih Kang berkata, dalam memanfaatkan kuasa AI untuk menangani cabaran kompleks, kementerian perlu memastikan bahawa tindakan dipandu oleh tujuh prinsip AI yang terkandung dalam garis panduan.
PUTRAJAYA: Penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI) menimbulkan pelbagai cabaran termasuk etika, privasi dan keselamatan dan memerlukan pengawasan lebih ketat di peringkat nasional dan antarabangsa.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, dalam memanfaatkan kuasa AI untuk menangani cabaran kompleks, kementerian perlu memastikan bahawa tindakan dipandu oleh tujuh prinsip AI yang terkandung dalam garis panduan.
“Kita perlu memastikan bahawa tindakan yang diambil dipandu oleh tujuh prinsip AI sebagaimana yang terkandung dalam garis panduan yang dilancarkan iaitu kesaksamaan, kebolehpercayaan, keselamatan dan kawalan, kerahsiaan dan keselamatan, keterangkuman, ketelusan, akauntabiliti dan mensasarkan kesejahteraan dan kemaslahatan manusia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis peluncuran garis panduan tadbir urus dan etika kecerdasan buatan negara (Artificial Intelligence Governance And Ethics-AIGE), di sini, pada Jumaat.
Jelas beliau, garis panduan ini dibangunkan khusus untuk kegunaan dan rujukan tiga kategori utama iaitu pengguna, penggubal polisi dan penyedia teknologi.
Dalam masa sama, bagi memupuk kepercayaan terhadap AI, pengguna harus sentiasa mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat.
“Sebagai contoh, mereka harus dimaklumkan apabila algoritma menggunakan maklumat peribadi mereka untuk menyediakan tawaran bagi barangan dan perkhidmatan dan menggunakan data peribadi mereka untuk membuat keputusan atau melaporkan data mereka kepada pihak ketiga.
“Pembangun dan pengguna harus bekerjasama dalam menjalankan penilaian dan seterusnya memastikan hak asasi dan hak pengguna terpelihara,” katanya.
Justeru, garis panduan yang dilancarkan akan membantu penggubal dasar memahami potensi risiko dan faedah AI, serta membangunkan tadbir urus dan peraturan yang berkesan untuk memastikan keselamatan awam.
Topic Berkaitan
#Chang Lih Kang
#kecerdasan buatan
#garis panduan
#prinsip AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan