awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh vesel tunda ditahan babitkan rampasan RM6.5 juta

Bernama
Bernama
08/09/2023
15:37 MYT
Tujuh vesel tunda ditahan babitkan rampasan RM6.5 juta
Jabatan Perikanan menahan tujuh vesel tunda dengan pelbagai kesalahan melibatkan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM6.5 juta dalam tempoh empat hari operasi di perairan Sabak Bernam, Selangor. - Foto FB Jabatan Perikanan Negeri Perak
IPOH: Jabatan Perikanan menahan tujuh vesel tunda dengan pelbagai kesalahan melibatkan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM6.5 juta dalam tempoh empat hari operasi di perairan Sabak Bernam, Selangor.
Pengarah Jabatan Perikanan Perak Mohd Ghazali A Manap berkata penahanan itu dilakukan menerusi Program Pemantauan Kawalan dan Pengawasan Vesel Penangkapan Ikan di Pantai Barat Siri 3 bermula pada 4 Sept dan berakhir hari ini.
Beliau berkata sebuah vesel tunda B1 dan enam vesel tunda C ditahan dalam operasi itu susulan pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 antaranya menangkap ikan kurang daripada lapan batu nautika dan 15 batu nautika mengikut zon, menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran dan tidak mengaktifkan alat pengesan vesel (VMS).
Katanya, kira-kira 1,500 kilogram hasil laut turut dirampas manakala 30 orang ditahan melibatkan 29 kru warga Myanmar dan seorang warga tempatan.
"Kesemua vesel telah dibawa ke pangkalan Unit Pemantauan, Pengawalan dan Pengawasan (MCS) Kampung Acheh untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Ghazali berkata program yang dijayakan dengan kekuatan 21 anggota oleh Jabatan Perikanan Perak di bawah MCS Kampung Acheh dengan kerjasama Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan Putrajaya dan Unit MCS Pulau Pinang melibatkan tiga aset laut.
"Jabatan Perikanan memandang serius isu dan kesalahan melibatkan pelanggaran Akta Perikanan 1985 serta terus mempergiatkan aktiviti rondaan bagi memastikan sumber protein negara terjaga dan terpelihara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jabatan perikanan
#vesel tunda
#Sabak Bernam
#rampasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan