awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh warga asing ditahan disyaki terlibat kes bunuh

Bernama
Bernama
29/08/2022
15:39 MYT
Tujuh warga asing ditahan disyaki terlibat kes bunuh
Polis berkata lima lelaki dan dua wanita berusia 20 hingga 26 tahun itu, ditahan selepas pihaknya menerima maklumat berkenaan si mati pada 6.40 pagi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh warga asing kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki tempatan yang ditemukan di dalam bonet sebuah kereta di Jalan Tugu di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata lima lelaki dan dua wanita berusia 20 hingga 26 tahun itu, ditahan selepas pihaknya menerima maklumat berkenaan si mati pada 6.40 pagi.
Katanya siasatan di tempat kejadian menemukan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun di dalam bonet kereta dan hasil pemeriksaan mendapati dia telah meninggal dunia.
"Susulan itu, pada 12.45 tengah hari polis menahan lima individu terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita warga asing berusia 20 tahun hingga 24 tahun bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata hasil soal siasat, kurang daripada empat jam kemudian pihaknya menahan dua lagi suspek iaitu lelaki berusia 26 tahun dan wanita berusia 22 tahun.
Noor Dellhan berkata motif serta punca kejadian masih dalam siasatan dan permohonan reman ke atas kesemua warga asing tersebut akan dibuat esok, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak terlibat dengan sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing
#kes bunuh
#bonet kereta
#Jalan Tugu
#Polis Daerah Dang Wangi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan