awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukang masak ditahan bantu siasatan kes pandu melulu

Sinar Harian
Sinar Harian
24/04/2021
22:02 MYT
Tukang masak ditahan bantu siasatan kes pandu melulu
Suspek yang merupakan tukang masak itu ditahan di Balai polis Trafik Klang Selatan.
KLANG: Seorang tukang masak ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes memandu secara melulu dan berbahaya di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian tersebut yang tular di media sosial dirakam oleh seorang pemandu kenderaan di lokasi kejadian.
"Dalam kejadian pada Rabu itu, video memaparkan sebuah kereta jenis Honda CRV dipandu secara berbahaya dengan memotong dari arah kiri secara tiba-tiba di jalan Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
"Klip video tersebut juga memaparkan pemandu kenderaan tersebut telah memberhentikan kenderaannya secara tiba-tiba sehingga menyebabkan pemandu yang merakam video tersebut turut membrek secara mengejut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Katanya, suspek yang merupakan tukang masak itu ditahan di Balai polis Trafik Klang Selatan.
"Suspek berumur 58 tahun yang merupakan pemandu motokar Honda CRV tersebut telah datang membuat laporan polis kerana ketika sedang bekerja telah terima satu rakaman video kejadian. Suspek mendapat banyak panggilan telefon dan mesej WhatsApp lalu.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#tukang masak
#Tular
#memandu
#melulu
#Persiaran Tengku Ampuan Rahimah
#Shamsul Amar Ramli
#Honda CRV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan