MALAYSIA
Tular: Penjawat awam ditahan langgar kereta, ugut pukul wanita

Suspek yang berusia 25 tahun itu ditahan selepas datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, 9.50 malam, Sabtu. - Tangkap layar video tular
KAJANG: Seorang penjawat awam ditahan berhubung kejadian tular memaparkan seorang lelaki memandu secara berbahaya di Plaza Tol Bangi, di sini, Jumaat lalu.
Ringkasan AI
- Suspek lelaki berusia 25 tahun menyerah diri di IPD Kajang selepas insiden memandu secara berbahaya di Plaza Tol Bangi yang tular di media sosial.
- Kereta Perodua Myvi biru milik suspek dirampas di kawasan Dang Wangi, dan suspek direman sehari bagi membantu siasatan.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan peraturan trafik, dengan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda, serta saman minimum RM300 jika sabit kesalahan.
Menurut Naazron, permohonan reman dibuat pada Ahad dan mahkamah membenarkan reman selama satu hari bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara gopoh sehingga menyebabkan kemudaratan kepada orang lain, yang mana boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda tidak melebihi RM2,000 jika sabit kesalahan.
Kes turut disiasat di bawah kesalahan trafik iaitu Rule 6(1) LN 166/59 memotong dan menghalang daripada memotong pemandu yang boleh dikenakan saman tidak kurang daripada RM300.
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki terbabit dalam perselisihan selepas memandu dalam keadaan berbahaya di Plaza Tol Bangi sehingga tular di media sosial.
Berdasarkan rakaman kamera papan pemuka kereta mangsa itu, kereta Perodua Myvi biru dipandu suspek tiba-tiba menghimpit dari arah belakang sebelum melanggar bahagian kiri hadapan kenderaan mangsa.
Selepas pelanggaran itu, kedua-dua kenderaan berhenti di tepi jalan sebelum berlaku pertengkaran.
Suspek lelaki tempatan itu bertindak menengking mangsa dan melakukan perbuatan seolah-olah mahu memukulnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami