KOTA KINABALU: Polis membuka dua kertas siasatan berhubung kejadian buli di sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu yang berlaku Selasa lalu, yang rakaman video mengenainya menjadi tular.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kejadian yang berlaku itu membabitkan dua mangsa yang juga pelajar sekolah tersebut.
"Laporan dibuat oleh dua orang pelajar yang ditumbuk oleh suspek yang sama.
"Sebanyak dua kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja mendatangkan cedera," ujar beliau dalam satu kenyataan media hari ini.
Tambahnya lagi, tangkapan ke atas suspek akan dibuat selepas mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya Negeri Sabah.
Beliau berkata, polis tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku dan jenayah dalam kalangan pelajar termasuk apa-apa tindakan yang mendatangkan kecederaan termasuk buli.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja mendatangkan cedera yang memperuntukkan hukuman penjara selama setahun, atau denda RM2,000 ringgit, atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, satu video berdurasi 23 saat tular di media sosial pada Selasa memaparkan seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu dibelasah oleh sekumpulan pelajar.
Kejadian itu turut menarik perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada hari ini yang turut menekankan tanggungjawab guru dalam melindungi identiti pelajar yang terbabit.
Abdul Hafiz Mustadi
Thu Jan 19 2023

Satu video berdurasi 23 saat tular di media sosial pada Selasa memaparkan seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu dibelasah oleh sekumpulan pelajar. - Gambar/ Media sosial

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

10 rumah musnah dalam kebakaran di Labuan
Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas.

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa bersama media, terima zakat perniagaan RM1.64 juta
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat berjumlah RM1.64 juta.

Pelaburan China pacu Malaysia ke tahap lebih tinggi - Penganalisis
Pelaburan baharu ini akan mendorong penciptaan pekerjaan yang meluas membabitkan graduan yang sedang bergelut untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

Impian Hannah Yeoh jadi penyampai berita tercapai
Yeoh yang membuat penampilan sebanyak dua kali dalam segmen Stadium RTM akan kembali bersiaran hari ini. (2 April).

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah - Fadhlina
Bagaimanapun, mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023.

Inisiatif tambahan Belanjawan 2023 ibarat 'talian hayat' - Pesawah
Peruntukan tambahan itu bukti keprihatinan Perdana Menteri dalam membantu golongan pesawah demi kelangsungan hidup terutama ketika bulan Ramadan.

Ker Ying tanam misi pertahan legasi pingat emas di Sukan SEA
Ker Ying tekad untuk memberikan 100 peratus dalam latihan selain akan berbincang dengan jurulatihnya Li Jun Bai untuk menyusun strategi.

Felcra lancar beras harga RM13 sekampit bagi 5kg
Beras yang dijual RM10 pada harga promosi itu, 100 peratus dikeluarkan di estet padi negeri Perak.

Tular: Warga emas 'dikasari' anggota MBPJ didakwa Jumaat ini
Seorang lelaki warga emas yang didakwa 'diserang' anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ketika operasi menangkap anjing liar akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini pada J

Polis kesan pasangan suami isteri guna kad ATM milik pesara
Polis sedang mengesan dua individu disyaki pasangan suami isteri dipercayai warga tempatan yang didakwa menggunakan kad pengeluaran wang automatik (ATM) milik seorang pesara kerajaan baru-baru ini.

Lelaki pukul imam positif dadah
Lelaki yang tular dalam satu video pada Ahad lalu kerana memukul imam jemputan di Masjid Sultan Ahmad Shah 1 bukan sahaja mempunyai masalah mental, tetapi juga seorang penagih dadah.

Kes bekas pegawai kanan tinggi polis, isteri dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya
Kertas siasatan berhubung kejadian melibatkan seorang bekas pegawai kanan tinggi polis dan isterinya, telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Polis tahan lelaki pamer pistol, gari
Seorang lelaki ditahan selepas videonya tular di media sosial baru-baru ini yang memaparkan tangannya bergari dan memegang senjata api di dalam sebuah kenderaan.

Video tular: 11 lelaki ditahan bergaduh di inap desa
Seramai 11 lelaki warga tempatan ditahan kerana dipercayai terbabit dalam satu pergaduhan di sebuah inap desa di Sri Gading, yang menjadi tular hari ini.

Wanita curi duit di kaunter bas ada masalah mental
Polis menyerahkan seorang wanita yang dipercayai memiliki masalah mental ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim pada Khamis, setelah wanita berkenaan ditahan kerana cuba mencuri wang.

Lelaki warga emas ditahan ugut guna batu
Lelaki itu ditahan pada 3 petang Rabu di Balai Polis Sentul selepas membuat laporan mengenai kejadian berkenaan.

Tular: Polis buka 2 kertas siasatan kes buli di sekolah Kota Kinabalu
Polis membuka dua kertas siasatan berhubung kejadian buli di sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu yang berlaku Selasa lalu, yang rakaman video mengenainya menjadi tular.

Guru, netizen perlu elak sebar video pergaduhan di sekolah - Fadhlina
Semua guru serta netizen di negara ini disaran tidak menyebarkan sebarang rakaman video melibatkan insiden pergaduhan di sekolah.