awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular video lelaki diserang guna kapak

Sinar Harian
Sinar Harian
11/08/2023
04:20 MYT
Tular video lelaki diserang guna kapak
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut. - Gambar/ Sinar Harian
KOTA KINABALU: Tular satu video sejak malam Khamis memaparkan seorang lelaki ditetak dipercayai menggunakan kapak dalam kejadian di hadapan bangunan Menara Kinabalu, di sini.
Dalam video berdurasi satu minit 20 saat itu, seorang lelaki bertindak menetak secara berulang kali kaki seorang lelaki lain yang berada di dalam sebuah kenderaan.
Mangsa yang berada di tempat duduk pemandu tidak dapat mengelak berikutan serangan secara bertubi-tubi, manakala terdapat seorang wanita berada di tempat duduk penumpang hadapan.
Lelaki itu kemudian turut memecahkan cermin di bahagian penumpang hadapan dan belakang kenderaan sambil cuba membuka pintu dipercayai untuk membawa wanita itu keluar.
Tidak cukup itu, cermin hadapan turut dipecahkan, namun dalam masa kenderaan itu sempat memecut meninggalkan lokasi kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
"Ada (laporan), masih dalam siasatan. Kenyataan media akan dikongsikan dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#video tular
#tetak dengan kapak
#Kota Kinabalu
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan