awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular video pelajar bergaduh: Kes selesai cara baik - Polis

Bernama
Bernama
16/10/2025
20:00 MYT
Tular video pelajar bergaduh: Kes selesai cara baik - Polis
Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu atau membuat spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
SHAH ALAM: Polis mengesahkan insiden pergaduhan yang tular di media sosial membabitkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, telah diselesaikan secara baik oleh pihak yang terlibat.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Mohd Akmalrizal Radzi berkata, terdahulu pihaknya mengesan rakaman video tular kes itu pada 8.30 pagi Khamis sebelum polis hadir ke sekolah terlibat.
"Pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat turut hadir ke lokasi sama kira-kira 10 pagi bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu.
"Hasil siasatan awal mendapati tiada pelajar yang mengalami kecederaan dalam pergaduhan tersebut," katanya menerusi satu kenyataan, di sini, semalam.
Mohd Akmalrizal berkata, susulan itu satu perbincangan tiga hala membabitkan pihak sekolah, ibu bapa dan waris pelajar terlibat serta polis telah diadakan.
"Semua pihak bersetuju untuk tidak mengambil tindakan lanjut serta menyelesaikan perkara ini secara berhemah dan damai," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Akmalrizal mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu atau membuat spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Terdahulu, tular video insiden lebih satu minit memaparkan pergaduhan membabitkan beberapa pelajar dipercayai berlaku di sebuah sekolah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#video tular
#pelajar bergaduh
#Telok Panglima Garang
#gaduh di sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan