awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?

Amanz
Amanz
24/01/2025
05:00 MYT
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV, yang asalnya untuk menerokai koleksi GIF, kini menyokong kandungan video dan boleh diakses oleh semua pengguna. -Amanz
SEBELUM pandemik, syarikat di sebalik WordPress iaitu Automattic telah mengambil alih Tumblr.

Ringkasan AI
  • Automattic, syarikat di sebalik WordPress, telah mengambil alih Tumblr sebelum pandemik dan melakukan pelbagai perubahan termasuk rekaan web yang mirip X.
  • Tumblr TV, yang asalnya untuk menerokai koleksi GIF, kini menyokong kandungan video dan boleh diakses oleh semua pengguna.
  • Tumblr TV memperkenalkan ciri Notes yang menggabungkan jumlah kandungan dikongsi semula serta komen pengguna lain, mirip dengan fungsi pada TikTok.

Sehingga hari ini, pelbagai perubahan telah dilakukan seperti rekaan web seakan X, platform yang dikuasakan WordPress, dan terbaharu mereka memperkenalkan ciri yang mungkin berpotensi bersaing dengan TikTok iaitu Tumblr TV.
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Ia secara perlahan menyokong kandungan video dan selepas sekian lama dijadikan projek di bawah Tumblr Labs – Tumblr TV kini boleh diakses oleh semua.
Penggunaan yang lebih kurang sama, di mana pengguna boleh tatal ke atas dan ke bawah untuk menukar kandungan. Kemudian apabila tatal ke kiri, kandungan terpilih akan ada paparan GIF pula.
Untuk komen, terdapat ciri yang digelar Notes yang menggabungkan jumlah kandungan dikongsi semula serta komen pengguna lain.
Jika TikTok Refugees boleh pergi ke RedNote, mana tahu Tumblr TV ada harapan untuk kembali aktif dan rancak seperti 10 tahun lepas?
Apa kata anda? -Amanz
Topic Berkaitan
#Tumblr TV
#TikTok
#Wordpress
#Automattic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan