Tumpahan minyak di timur Selat Johor berhampiran Pelabuhan Pasir Gudang akibat pelanggaran dua kapal kontena, Selasa lepas dibimbangi menjejaskan habitat marin di kawasan berkenaan.
Penasihat Persatuan Pencinta Alam Malaysia Johor (MNSJ), Vincent Chow berkata selain ikan, kawasan berkenaan juga kaya dengan hidupan kupang.
"Selat Johor bukan laut terbuka...kita bimbang pencemaran minyak akan berterusan apabila air pasang.
"Berikutan ketika ini adalah musim monsun, kita turut bimbang angin akan menghanyutkan tumpahan minyak yang akan mengancam pokok bakau di kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Bagaimanapun, Chow percaya pasukan tindak balas Johor Port Bhd dengan kerjasama agensi di kawasan terbabit sudah mencari kaedah terbaik bagi menangani kejadian supaya pencemaran tidak bertambah buruk.
"Johor Port sudah tentunya sentiasa dalam keadaan bersedia menghadapi apa jua keadaan termasuk mengadakan perjumpaan dengan nelayan. Ini berikutan kedudukan perairan itu yang sentiasa sibuk dengan kapal perdagangan," kata Chow.
Sementara itu, pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Maketab Mohamed berkata beliau bimbang tumpahan minyak akan menyebabkan ternakan ikan dalam sangkar terjejas.
"Selain nelayan tidak dapat turun ke laut, terdapat juga nelayan yang menjalankan ternakan ikan dalam sangkar khususnya siakap. Sudah tentu mereka akan kerugian," katanya.
Dalam kejadian 11.01 malam Selasa lepas, kapal Wan Hai 301 yang didaftarkan di Singapura terputus bekalan elektrik menyebabkan ia tidak dapat dikawal dan melanggar bahagian kanan tangki kapal APL Denver yang mengakibatkan tumpahan minyak sehingga ke Pulau Ubin, Singapura.
Menurut Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Adon Shalan, tangki minyak APL Denver berkapasiti 300 tan metrik. - BERNAMA
Bernama
Thu Jan 05 2017
Menurut Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Adon Shalan, tangki minyak APL Denver berkapasiti 300 tan metrik. - Gambar hiasan
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
Kanak-kanak maut dikelar: Ibu direman tujuh hari
Permohonan reman dikeluarkan Majistret terhadap wanita berusia 32 tahun itu bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Empat sungai di Pasir Gudang tercemar, membimbangkan - Exco
Empat sungai di sekitar kawasan perindustrian Pasir Gudang termasuk Sungai Kim Kim didapati tercemar dan berada pada tahap yang membimbangkan.
130 peserta dari 39 negara ambil bahagian Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang
Antara negara yang mengambil bahagian ialah Indonesia, Singapura, Jerman, Jepun, China, New Zealand, Thailand, England dan Argentina.
Kes dera: Hakim cuti sakit, nasib ibu, rakan serumah diputuskan 1 November
Mahkamah Sesyen menangguhkan keputusan kes seorang ibu tunggal bersama rakan serumahnya, yang didakwa atas dua pertuduhan menganaiya dan mengabaikan anak kandungnya, kepada 1 November.
Barang keperluan masih ada, mudah diperolehi di Pasir Gudang - KPDN
Pemeriksaan dijalankan KPDN Johor di beberapa premis di Pasir Gudang mendapati tidak timbul isu kekurangan bekalan barang keperluan.
Hassan Karim dakwa Pasir Gudang putus bekalan makanan asas
Beliau berkata, KPDN perlu segera mengadakan program jualan Rahmah atau menghantar bekalan makanan yang cukup ke Pasir Gudang sekarang.
Kualiti udara di kilang alami kebocoran bahan kimia, kawasan penduduk normal - JAS
Pemeriksaan kualiti udara di sebuah kilang di Pasir Gudang, dekat sini yang mengalami kebocoran bahan kimia semalam serta kawasan penduduk sekitar, didapati setakat ini berada pada tahap yang normal.
Ibu tunggal dan rakan didakwa aniaya, abai anak berusia tujuh tahun
Mereka didakwa mencapai niat bersama telah menganiaya kanak-kanak berkenaan yang berada di bawah jagaan mereka menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.
Tapak pelupusan sampah terbakar di Pasir Gudang
Tapak pelupusan sampah yang dianggarkan seluas 2.9 hektar di Tanjung Langsat, Pasir Gudang di sini terbakar pada Jumaat.
Projek naik taraf Lebuhraya Pasir Gudang dijangka kurangkan kesesakan
Dua projek menaik taraf Lebuhraya Pasir Gudang (FT17), di sini, yang turut melibatkan pelebaran jalan, dijangka akan dapat mengurangkan kesesakan di laluan itu pada masa hadapan.