Pelan Strategik Kementerian Luar 2016 – 2020 akan menggariskan hala tuju, memupuk budaya kerja yang baik termasuklah mewujudkan semangat kekitaan (esprit de corps) di kalangan warga Wisma Putra sendiri.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, ia penting dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai kementerian utama yang melaksanakan dasar luar dan hubungan antarabangsa negara.
“Pelan Strategik Kementerian merupakan satu dokumen yang penting. Seperti kita semua sedia maklum, Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai mekanisme untuk memantapkan sistem pentadbiran Kerajaan Malaysia.
“KPI telah ditetapkan untuk setiap kementerian untuk memastikan segala program Kementerian terlaksana secara terancang and teratur.
“Dalam merangka Pelan Strategik Kementerian, satu Pelan Tindakan yang komprehensif telah dibangunkan dan turut mengandungi KPI yang telah diselaraskan dengan pelbagai sistem pelaporan prestasi lain yang dilaksanakan oleh agensi-agensi seperti MAMPU, JPA dan PEMANDU,” katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Anifah berkata demikian semasa mengulas Pelan Strategik Kementerian Luar Negeri 2016-2020 yang dibentang semasa berucap di kementeriannya.
Dalam pada itu jelasnya, pelan tindakan itu dibahagikan di bawah enam objektif strategik yang merangkumi perkhidmatan teras dan juga aspek-aspek penyampaian perkhidmatan Kementerian.
“Objektif strategik tersebut adalah memperkukuhkan diplomasi dua hala dan pelbagaihala, memperkukuhkan ASEAN, menyampaikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan, mempromosikan Malaysia melalui diplomasi awam dan memperkukuhkan organisasi dan sumber manusia.
“Pelan yang baru ini juga memberi tumpuan kepada prinsip keberhasilan untuk KPI yang telah ditetapkan.
“Peralihan corak pengukuran kemajuan dan prestasi Kementerian ini diharap akan mengangkat taraf penyampaian perkhidmatan ke peringkat yang lebih tinggi dan berkualiti,” ujarnya.
Dalam pada itu jelasnya, Wisma Putra akan terus memainkan peranan dalam mempertahan serta mengetengahkan kepentingan negara merentasi dunia.
“Cabaran di dalam mengendalikan hubungan antarabangsa bukan perkara yang mudah. Saya amat berbangga dan mengagumi komitmen, prestasi serta profesionalisme yang telah ditunjukkan oleh warga Wisma Putra sepanjang memimpin Kementerian ini.
“Kita perlu menangani pelbagai isu antarabangsa yang mempunyai kesan dan impak terhadap kepentingan negara. Malaysia dan masyarakat antarabangsa secara keseluruhannya berhadapan dengan isu-isu politik, keselamatan dan sosio-ekonomi yang lebih kompleks.
“Keganasan, jenayah rentas sempadan, perubahan iklim dan migrasi merupakan antara isu-isu yang perlu ditangani oleh masyarakat dunia pada masa kini demi kebaikan dan kesejahteraan sejagat,” katanya.
Astro Awani
Wed Dec 09 2015
ANIFAH: 'Tumpu semangat 'esprit de corps' dalam Pelan Strategik Kementerian Luar' - Gambar fail
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Pembunuhan Jong Nam: Tuduhan Duta Korea Utara bersandarkan pembohongan - Anifah
Tuduhan Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol yang memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia mempunyai 'sesuatu untuk disembunyikan' hanya bersandarkan khayalan.
Bangladesh benarkan Malaysia salur bantuan
Kerajaan Malaysia mengesahkan Kerajaan Bangladesh membenarkan -Misi Kemanusiaan-Food Flotilla for Myanmar- untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di Bangladesh.
Malaysia kesal Bangladesh halang bantuan
Kerajaan Malaysia sedang berkomunikasi dengan Kerajaan Bangladesh, dalam memastikan misi Food Flotilla dapat memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di sekitar Pelabuhan Teknaf.
Malaysia akhiri tempoh anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB dengan majlis resepsi
Malaysia mengakhiri tempoh dua tahun sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB dengan mengadakan majlis resepsi di Pejabat Perwakilan Tetap ke PBB di New York pada Khamis (22 Dis).
Isu Rohingya: Malaysia kemuka cadangan penting kepada Myanmar - Anifah
Malaysia mengemukakan beberapa cadangan penting bagi menangani isu berhubung nasib etnik Rohingya, termasuk keperluan bagi ASEAN menubuhkan sebuah badan pakar bebas.
1MDB: Anifah temui duta AS di Putrajaya
Malaysia belum menerima sebarang permintaan dari AS bagi mendapatkan maklumat atau bukti untuk memfailkan saman sivil untuk mendapatkan kembali aset-aset yang dikatakan dikaitkan dengan 1MDB.
'Malaysia tidak iktiraf sebarang tuntutan ke atas Sabah' - Wisma Putra
Kerajaan tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ke atas Sabah.
'Sidang Kemuncak OIC di Istanbul cari hala tuju pencapaian negara Islam' - Wisma Putra
Sidang Kemuncak OIC yang akan diadakan di Istanbul, Turki bakal meneliti dan menetapkan hala tuju dan polisi semua isu yang berkaitan dengan objektif pencapaian negara-negara Islam selama ini.
'Komunikasi Strategik Digital bantu SEARCCT tangani pengganas' - Anifah
Penubuhan Bahagian Komunikasi Strategik melalui SEARCCT pendekatan atas talian tangani pengganas.
Malaysia kongsi pengetahuan isu keganasan di Switzerland - Anifah
Kehadiran delegasi negara ke Persidangan Mencegah Keganasan Ekstrimisme (PVE) di Geneva akan membuka ruang perkongsian pengetahuan dalam isu keganasan.