Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi tulang belakang 'Deklarasi Rakyat' hanya memburukkan nama negara di mata dunia.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, ia sekali gus merencatkan usaha kerajaan selama ini untuk menarik kemasukan pelabur asing yang mendatangkan keuntungan kepada negara.
"Apa yang menjadi kebimbangan saya ketika ini ialah dengan tindakan Dr Mahathir yang merupakan negarawan tersohor serta ikon antarabangsa yang disayangi boleh menyebabkan keadaan negara menjadi tidak stabil dan sekali gus mendorong pelabur asing untuk menjauhkan diri dari negara ini.
"Sebagai seorang mantan Perdana Menteri beliau seharusnya lebih menahami apa sebenarnya erti kata demokrasi yang sememangnya bukannya dicapai dengan cara yang dilakukannya sekarang.
"Pelaburan asing merupakan salah satu sumber utama bagi pembangunan negara. Kemasukan pemodal-pemodal asing boleh meningkatkan pendapatan negara, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan kemajuan ekonomi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Anifah mengulas tindakan Dr Mahathir yang menandatangani deklarasi bersama dengan bekas pemimpin kanan negara, pemimpin pembangkang, aktivis politik dan ketua badan bukan kerajaan (NGO) pada Jumaat.
Deklarasi yang dinamakan ‘Citizens Declaration’ atau ‘Deklarasi Rakyat’ itu ditandatangani bagi memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletak jawatan.
BACA: Anwar umum sokongan terhadap Tun Mahathir
BACA: Tindakan Tun Mahathir tandatangan deklarasi tanam kebencian rakyat terhadap pemimpin - Zambry
Kata Anifah, agenda politik tersendiri dan tersirat oleh kumpulan berkenaan disifatkan mensabotaj dan tidak akan mampu menyelamatkan negara.
"Sebelum ini, Dr Mahathir sendiri pernah menyifatkan perubahan kerajaan bukanlah terbaik untuk negara kerana ia hanya akan merencatkan kemajuan ekonomi yang cuba dibawa oleh kerajaan sedia ada.
"Dr Mahathir menegaskan negara berbeza dengan negara lain namun kini membuat ‘Pusingan U’ apabila dilihat sedang membawa ancaman besar yang mampu memporak perandakan negara," katanya.
Tegasnya gabungan ‘Selamatkan Malaysia’ sebenarnya mempunyai agenda tersendiri dan dendam serta tidak mendatangkan kepentingan kepada mana-mana parti politik atau rakyat.
"Kumpulan ini hanya mahu menjatuhkan Najib yang telah di pilih mengikut lunas-lunas perlembagaan bukanlah cara demokrasi yang sebenar-benarnya.
"Tindakan ini sangat bertentangan dengan prinsip-prinsip asas demokrasi untuk menjatuhkan Najib yang di pilih oleh rakyat serta pemimpin UMNO. Prinsip yang suatu ketika dahulu diperjuangkan oleh Dr Mahathir sendiri.
"Jika ini berlaku, ia suatu mainan politik paling kotor, apatah lagi dengan Dr Mahathir duduk semeja dengan kumpulan pembangkang yang tidak pernah membawa apa-apa kebaikan selain daripada kekacauan yang berpanjangan," ujarnya.
Anifah turut melahirkan rasa pelik kerana Dr Mahathir bersama konco-konconya menggunakan perkataan ‘demokrasi’, tetapi tidak menggunakan saluran yang betul untuk meluahkan perasaan.
"Mereka sebaliknya mengambil jalan singkat untuk bersekongkol bersama pembangkang yang selama ini pernah banyak kali melakukan cubaan menjatuhkan kerajaan sekaligus mencalarkan imej negara kepada pihak luar?
"Apakah dengan kenyataan tidak mahu Najib benar-benar akan menyelamatkan Malaysia?
"Apakah ini yang dikatakan mencintai perpaduan dan menghormati sistem demokrasi di negara ini?" soalnya.
Anifah juga mengharapkan lebih pemahaman daripada seorang yang amat disanjungi dan disayangi seperti Dr Mahathir.
"Tindakan yang diambil oleh Dr Mahathir baru-baru ini merupakan suatu kejutan yang sememangnya tidak saya sangka akan berlaku," katanya.
Astro Awani
Sat Mar 05 2016
ANIFAH: 'Tun M sabotaj nama negara di mata dunia' - Gambar fail
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Pembunuhan Jong Nam: Tuduhan Duta Korea Utara bersandarkan pembohongan - Anifah
Tuduhan Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol yang memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia mempunyai 'sesuatu untuk disembunyikan' hanya bersandarkan khayalan.
Bangladesh benarkan Malaysia salur bantuan
Kerajaan Malaysia mengesahkan Kerajaan Bangladesh membenarkan -Misi Kemanusiaan-Food Flotilla for Myanmar- untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di Bangladesh.
Malaysia kesal Bangladesh halang bantuan
Kerajaan Malaysia sedang berkomunikasi dengan Kerajaan Bangladesh, dalam memastikan misi Food Flotilla dapat memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di sekitar Pelabuhan Teknaf.
Malaysia akhiri tempoh anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB dengan majlis resepsi
Malaysia mengakhiri tempoh dua tahun sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB dengan mengadakan majlis resepsi di Pejabat Perwakilan Tetap ke PBB di New York pada Khamis (22 Dis).
Isu Rohingya: Malaysia kemuka cadangan penting kepada Myanmar - Anifah
Malaysia mengemukakan beberapa cadangan penting bagi menangani isu berhubung nasib etnik Rohingya, termasuk keperluan bagi ASEAN menubuhkan sebuah badan pakar bebas.
1MDB: Anifah temui duta AS di Putrajaya
Malaysia belum menerima sebarang permintaan dari AS bagi mendapatkan maklumat atau bukti untuk memfailkan saman sivil untuk mendapatkan kembali aset-aset yang dikatakan dikaitkan dengan 1MDB.
'Malaysia tidak iktiraf sebarang tuntutan ke atas Sabah' - Wisma Putra
Kerajaan tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ke atas Sabah.
'Sidang Kemuncak OIC di Istanbul cari hala tuju pencapaian negara Islam' - Wisma Putra
Sidang Kemuncak OIC yang akan diadakan di Istanbul, Turki bakal meneliti dan menetapkan hala tuju dan polisi semua isu yang berkaitan dengan objektif pencapaian negara-negara Islam selama ini.
'Komunikasi Strategik Digital bantu SEARCCT tangani pengganas' - Anifah
Penubuhan Bahagian Komunikasi Strategik melalui SEARCCT pendekatan atas talian tangani pengganas.
Malaysia kongsi pengetahuan isu keganasan di Switzerland - Anifah
Kehadiran delegasi negara ke Persidangan Mencegah Keganasan Ekstrimisme (PVE) di Geneva akan membuka ruang perkongsian pengetahuan dalam isu keganasan.