MALAYSIA
Tun M tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong

Dr Mahathir masuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah di Istana Negara jam 11 pagi ini. -Gambar fail
Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Istana Negara jam 10.55 pagi tadi untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.
Terdahulu, difahamkan, Dr Mahathir tiba di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, kira-kira 8.15 pagi tadi sebelum bergerak ke Istana Negara.
Laporan lain menyebut perjumpaan itu adalah bagi mendapatkan perkenan Tuanku untuk pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah disiapkan Kementerian Kewangan sebelum ini.
Bagaimanapun, sehingga kini, media masih cuba mendapatkan pengesahan sama ada, perjumpaan ini berhubung Kabinet baharu, ataupun sebaliknya.
Sementara itu pihak media turut difahamkan bahawa Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat juga dijangka menghadap Agong hari ini.
Dr Mahathir dilihat meninggalkan Istana Negara tepat jam 12 tengah hari selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami