awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gmail kini integrasi Gemini dengan ciri AI baharu
ASUS perkenal konsep penghala WiFi 8 pertama di dunia di CES 2026
Roblox wajibkan pengesahan umur untuk akses ciri Chat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Zaki dilantik KH Mahkamah Tengah Kewangan Antarabangsa Dubai

Bernama
Bernama
06/11/2018
03:37 MYT
Tun Zaki dilantik KH Mahkamah Tengah Kewangan Antarabangsa Dubai
Zaki merupakan Ketua Hakim Negara sejak Oktober 2008 hingga September 2011.
Bekas Ketua Hakim Malaysia, Tun Zaki Azmi dilantik sebagai Ketua Hakim Mahkamah Tengah Kewangan Antarabangsa Dubai (DIFC).
Menurut kenyataan pejabat media Kerajaan Dubai, pelantikan beliau oleh Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, akan berkuatkuasa 14 Nov.
Zaki, 73, menyertai Mahkamah DIFC pada Disember 2013, kira-kira dua tahun selepas beliau bersara sebagai Ketua Hakim Negara ini.
Mahkamah DIFC mengendalikan masalah sivil dan komersial di Dubai, satu daripada pusat kewangan terkemuka di dunia.
Ini termasuk masalah berhubung dari pemindahan kewangan antarabangsa yang sofistikated hinggalah kepada kutipan hutang dan pekerjaan.
Zaki, yang berada di Dubai, memberitahu Bernama bahawa perlantikan itu datang dengan 'penuh kejutan'.
"Alhamdulillah, saya dua kali menjadi Ketua Hakim," katanya menerusi WhatsApp.
Karier Zaki turut menyaksikan beliau mencapai beberapa lagi pencapaian yang mengagumkan.
Pada September 2007, dari seorang pengamal peguam beliau dilantik terus sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, perlantikan terus yang pertama seumpama dalam sejarah kehakiman Malaysia.
Dua bulan kemudian, beliau dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan sebelum menjadi Ketua Hakim pada Oktober 2008 sehingga beliau bersara pada September 2011.
Di samping itu, Zaki dilantik Ketua Hakim Malaysia, dan ia juga menjadi yang pertama dalam sejarah dunia apabila seorang ayah dan anak pernah mengetuai sebuah badan kehakiman negara.
Bapanya, Allahyarham Tun Azmi Mohamed, adalah Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan dari 1968 hingga 1974.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DIFC
#Dubai
#Ketua Hakim
#Mahkamah Tengah Kewangan Antarabangsa
#Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum
#Zaki Mohamed Azmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan