Seramai 425,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih belum melunaskan pinjaman mereka dengan jumlah tunggakan hampir RM3.5 bilion, sehingga Mac tahun ini.
Ketua Eksekutifnya Agos Cholan berkata PTPTN memandang serius jumlah tunggakan itu dengan pelbagai langkah dilakukan bagi memastikan kutipan perbadanan itu terus meningkat.
"Perlu diingat PTPTN akan menyenaraihitam nama peminjam sekiranya tiada bayaran diterima dalam tempoh 20 bulan.
"Kita mengambil langkah mesra, bukan tak bayar sebulan terus blacklist," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Sahabat PTPTN Peringkat Nasional di sini pada Selasa.
Mengulas lanjut, Agos berkata setakat ini, 130,000 peminjam disenaraihitamkan, namun 45,000 daripada jumlah itu telah tampil untuk berunding dengan PTPTN supaya nama mereka dikeluarkan daripada senarai itu.
Dalam pada itu, beliau berkata PTPTN menyasarkan peningkatan kepada 23 peratus dari segi jumlah kutipan bayaran balik pinjaman melalui kaedah potongan gaji tahun ini.
"Kami menyasarkan peningkatan kutipan bayaran balik lima peratus tahun ini berbanding tahun lepas, dan kami berharap peminjam yang membuat pemotongan gaji pula meningkat daripada 12 peratus menjadi 23 peratus," katanya.
Bernama
Wed Apr 23 2014
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
PTPTN sasar kutipan RM100 juta sebulan bermula September
PTPTN menyasarkan kutipan RM100 juta sebulan bermula September ini selepas memperkenalkan kaedah pemotongan gaji peminjam penjawat awam.
Tunggakan PTPTN hampir RM3.5 bilion sehingga Mac
Ketua Eksekutifnya Agos Cholan berkata PTPTN memandang serius jumlah tunggakan itu dengan pelbagai langkah dilakukan bagi memastikan kutipan perbadanan itu terus meningkat.