“Tunggu ayah datang”.
Itu pesanan terakhir Allahyarham Noorakhirludin Alam Mohamad Noor, 48 tahun dalam perbualan terakhir bersama anaknya, Ezzra Noorakhirludin yang bersekolah di Sekolah Seri Putri, Cyberjaya.
Ezzera ditemui di ruang menunggu rumah mayat Hospital Sungai Buloh nyata tidak dapat menyembunyikan kesedihan.
Walaupun nampak tenang tetapi jelas kedengaran sebak menyelubungi diri daripada setiap kata yang diucapkan.
Tambah Ezzra, ibunya, Maskiah Mat Saad, 41 tahun sempat menceritakan detik mendebarkan itu kepadanya.
"Ibu kata kejadian berlaku begitu pantas dan arwah ayah sempat melaungkan takbir 'Allahuakbar'," katanya tenang.
Ezzra yang merupakan anak kedua daripada empat beradik itu turut meminta rakyat Malaysia untuk mendoakan kesejahteraan roh bapanya.
Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari tadi, empat orang maut, seorang kanak-kanak cedera parah manakala tiga yang lain cedera ringan dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan termasuk sebuah treler di Km 446 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) melibatkan kedua-dua arah.
Mangsa yang maut dalam kemalangan itu terdiri daripada seorang pekerja swasta, Noorakhirludin Alam Mohamad Noor berusia 48 tahun, Nur Fitrah Rosman, Nurbaya Mohd Zaki, dan Mohammad Hafiz Shahrul Jefri Din, ketiga-tiga mereka berusia 24 tahun.
Kejadian dipercayai berlaku apabila treler yang menghala ke arah utara terbabas sebelum memasuki lorong bertentangan ke arah selatan lalu melanggar kenderaan di laluan berkenaan.
Syafik Shukri Jalil
Sat Jul 14 2018
Ezzera (berbaju kuning) ditemui di ruang menunggu rumah mayat Hospital Sungai Buloh nyata tidak dapat menyembunyikan kesedihan.
Harus renjis, bilas kenderaan dengan air ruqyah - Mufti
Perbuatan tersebut bukanlah satu amalan yang khurafat dan tidak bertentangan dengan syariat.
WEF: Emerging economies: How to fix the debt problem?
Papagomo didakwa hasut, datangkan kebencian terhadap Agong
Wan Muhammad Azri didakwa menerbitkan penerbitan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart menghadap Sultan Ibrahim di laman X miliknya.
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Hakim, Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas menolak rayuan Siti Bainun.
Kenaikan gaji penjawat awam tidak harus didebatkan - Sim
Kerajaan menghargai semua golongan pekerja dan ia terbukti menerusi semakan semula kadar gaji minimum melalui Dasar Gaji Progresif.
PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN dan PH pernah bersama dalam beberapa siri PRK sebelum ini termasuk Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.
Kerajaan juga perlu tangani jurang pencen veteran tentera - RAFOC
Kenaikan gaji kakitangan awam adalah langkah positif, tetapi penting juga bagi kerajaan untuk menangani jurang pencen yang dihadapi veteran.
Kumpulan kedua petugas haji, 14 pengamal media berlepas ke Arab Saudi hari ini
Dua editor Astro AWANI, Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara pengamal media yang akan mengadakan liputan haji tahun ini.
Keterangkuman kewangan lonjakkan ekonomi digital, tanpa tunai
Pengarah Eksekutif Kiple, Norhizam Abdul Kadir dalam perbincangan dalam usaha menggalakkan pembangunan ekonomi, pengurangan kemiskinan, dan kesaksamaan sosial dengan menyediakan peluang kepada orang ramai untuk membina aset, menguruskan risiko, dan meningkatkan kesejahteraan kewangan, tanpa mengira tahap pendapatan, lokasi, jantina, umur, atau ciri-ciri lain.
Borussia Dortmund buat PSG terkedu
Penyerang itu mengawal bola dengan sempurna sebelum melakukan rembatan rendah melepasi penjaga gol Gianluigi Donnarumma pada minit ke-36.
Tunggu ayah datang - Anak Noorakhirludin
Allahyarham Noorakhirludin Alam Mohamad Noor menitip pesanan supaya anaknya menunggu kedatangan beliau.