awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunjukkan kepada pengganas, yang kita tidak gentar! - Obama

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
22/11/2015
09:46 MYT
Tunjukkan kepada pengganas, yang kita tidak gentar! - Obama
Obama dalam masa yang sama menyatakan keazamannya untuk menyekat sumber kewangan pengganas. - Foto Bernama
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menyeru masyarakat dan pemimpin dunia untuk tidak tunduk kepada ketakutan dalam usaha memerangi ancaman pengganas.
"Ini yang apa pengganas mahu. Senjata yang paling berkuasa dalam memerangi pengganas seperti ISIL adalah dengan tidak tunduk kepada ketakutan," kata Obama dalam satu sidang media selepas Sidang Kemuncak ASEAN berlangsung di Kuala Lumpur.
Obama dalam masa yang sama menyatakan keazamannya untuk menyekat sumber kewangan pengganas, dan bekerjasama dengan negara-negara lain untuk memburu mereka.
"Kami bersedia untuk bekerjasama dengan negara lain bagi menentang ISIL. Kami akan menyekat sumber kewangan mereka, kami akan memburu mereka dan kami akan memusnahkan ISIL," kata Obama.
Walau bagaimanapun, Obama berkata Amerika Syarikat tidak akan berperang dengan mana-mana agama termasuk Islam.
"Amerika Syarikat tidak akan berperang dengan mana-mana agama, termasuk Islam," kata Obama.
Presiden Amerika Syarikat itu tiba di Malaysia untuk sidang Kemuncak Amerika Syarikat-ASEAN yang ketiga dan menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur ke-10 sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 yang membuka tirainya pada Jumaat.
Dalam sidang media yang sama, beliau juga berkata akan mengadakan lawatan ke Paris bagi menghadiri perbincangan iklim sedunia walaupun baru-baru ini berlakunya beberapa serangan di bandar itu yang menyebabkan 130 nyawa terkorban.
BACA: Lawatan kedua Obama ke Malaysia: Apa yang anda perlu tahu
FOTO: Obama hadiri Sidang Perniagaan dan Pelaburan ASEAN
FOTO: Sesi "Town hall" Obama bersama alumni YSEALI
Beberapa serangan yang berlaku di ibu kota Perancis, Lubnan dan Mali baru-baru ini menggesa pemimpin-pemimpin dunia untuk bekerjasama dalam meningkatkan usaha mengakhiri serangan pengganas seperti militan IS.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut menyuarakan keazamannya untuk menentang kumpulan militan dan fahaman ekstrimisnya daripada berkembang di negara ini, dengan menekankan bahawa tiada tempat untuk ekstremisme dalam kalangan masyarakat.
Topic Berkaitan
#Barack Obama
#terroris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan