awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunku Mahkota Ismail berangkat ke majlis kesyukuran, kurniaan darjah

Sinar Harian
Sinar Harian
23/03/2024
06:15 MYT
Tunku Mahkota Ismail berangkat ke majlis kesyukuran, kurniaan darjah
Mendahului senarai penerima darjah ialah Datuk Dennis Muhammad Abdullah, suami kepada Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim, yang dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ).
JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran dan Majlis Kurniaan Darjah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor, pada Sabtu.
Majlis diadakan di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, pada sebelah pagi.
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli dan Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani.
Mendahului senarai penerima darjah ialah Datuk Dennis Muhammad Abdullah, suami kepada Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim, yang dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), yang membawa gelaran Dato’.


Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran dan Majlis Kurniaan Darjah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor, di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene pada pagi Sabtu.
Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran dan Majlis Kurniaan Darjah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor, di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene pada pagi Sabtu.
Tiga individu dianugerahkan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang juga membawa gelaran Dato’.
Mereka ialah juruterbang peribadi Sultan Johor, Mejar (B) Dato’ Roslee Mardofee; Panglima 7 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad dan Pengurus Besar Mados’s Sdn Bhd, Datuk Ong Eng Leong.
Tiga pegawai Daerah dikurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ), iaitu Pegawai Daerah Segamat, Mohd Masni Wakiman; Pegawai Daerah Kulai, Fizwan Mohd Rashidi dan Pegawai Daerah Tangkak, Mohd Farid Kassim.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pemangku Sultan Johor
#tunku mahkota ismail
#Majlis Doa Kesyukuran dan Majlis Kurniaan Darjah
#Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan