awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunku Mahkota Ismail dipersembah Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan YDPA ke-17

Bernama
Bernama
14/06/2024
11:45 MYT
Tunku Mahkota Ismail dipersembah Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan YDPA ke-17
Persembahan Warkah Persilaan itu diketuai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dan disempurnakan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. - FB HRH Crown Prince of Johor
JOHOR BHARU: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail hari ini berangkat ke Majlis Menghadap untuk menyembahkan Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman rasmi Facebook milik baginda, majlis menghadap berkenaan berlangsung di Balai Menghadap, Istana Bukit Serene di sini hari ini.
Tunku Mahkota Ismail hari ini berangkat ke Majlis Menghadap untuk menyembahkan Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan YDPA ke-17.- Foto HRH Crown Prince of Johor
Tunku Mahkota Ismail hari ini berangkat ke Majlis Menghadap untuk menyembahkan Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan YDPA ke-17. - Foto HRH Crown Prince of Johor
"Persembahan Warkah Persilaan itu diketuai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dan disempurnakan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
"Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Awang Alik Jeman serta Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan, Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa Datuk Rozainor Ramli dan Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pemangku Sultan Johor
#tunku mahkota ismail
#Warkah Persilaan
#Istiadat Pertabalan YDPA ke-17
#Sultan Ibrahim
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan