PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengesahkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang penganggur kerana menyebabkan kematian anak saudaranya berusia tiga tahun yang mayatnya ditemukan dengan 56 kesan tikaman.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M. Komathy Suppiah menolak rayuan Goh Jie Keat untuk mengurangkan hukuman penjara ke atasnya.
Vazeer yang menyampaikan keputusan mahkamah berkata hukuman penjara 20 tahun itu tidak keterlaluan mempertimbangkan cara Goh menyebabkan kematian budak perempuan berkenaan.
Beliau berkata rayuan Goh tidak mempunyai merit dan menambah hakim Mahkamah Tinggi telah mengguna pakai prinsip yang betul ketika memutuskan tempoh 20 tahun penjara itu.
Goh, 27, pada mulanya dituduh membunuh Serena Yip Pee Yee di sebuah rumah di Jalan Kuang Gunung 4, Taman Kepong di Kuala Lumpur, antara 7 malam hingga 8 malam pada 18 Jun, 2018.
Selepas 11 saksi pertuduhan memberi keterangan, Goh menghantar representasi kepada Peguam Negara dan representasinya diterima supaya tuduhan membunuh ke atasnya dikurangkan kepada menyebabkan kematian.
Pada 13 Julai, 2021, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas Goh selepas beliau mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian anak saudaranya itu.
Beliau bagaimanapun memohon kepada Mahkamah Rayuan untuk mengurangkan tempoh hukuman.
Menurut fakta kes, Goh sedang memotong bungkusan plastik dengan sebilah gunting ketika anak saudaranya itu mengusiknya dan mengajaknya bermain. Goh berang dengan usikan itu dan menikam kanak-kanak tersebut.
Dia berumur 21 tahun ketika melakukan kesalahan itu.
Peguam N. Subramaniyan yang mewakili Goh berhujah hukuman terhadap anak guamnya patut diringankan kepada 12 hingga 15 tahun atas alasan tindakan pemuda itu bukanlah sesuatu dirancang.
Namun, Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal berkata hukuman itu wajar dikekalkan memandangkan ia adalah kesalahan yang berat dan mangsa baru berumur tiga tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 06 2023
Hakim yang menyampaikan keputusan mahkamah berkata hukuman penjara 20 tahun itu tidak keterlaluan mempertimbangkan cara Goh menyebabkan kematian budak perempuan berkenaan. - Gambar fail/Bernama
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Tusuk anak saudara dengan gunting, hukuman penjara 20 tahun penganggur kekal
Mahkamah Rayuan mengesahkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang penganggur kerana menyebabkan kematian anak saudaranya berusia tiga tahun.