awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ugut ibu guna pisau, duda dipenjara 24 bulan

Sinar Harian
Sinar Harian
23/05/2023
06:55 MYT
Ugut ibu guna pisau, duda dipenjara 24 bulan
Wira (tengah) dipenjara 24 bulan selepas mengaku bersalah mengugut ibu kandung sendiri dengan pisau untuk mendapatkan wang pada September tahun lalu. - Foto Sinar Harian
MELAKA: Seorang duda dipenjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa, selepas mengaku bersalah mengugut ibu kandung sendiri dengan pisau untuk mendapatkan wang pada September tahun lalu.
Majistret Mazana Sinin menjatuhkan hukuman itu ke atas Wira Md Aris, 41, selepas dia membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap ibu sendiri, Ara Sembok, 66, dengan maksud hendak menakutkan menggunakan sebilah pisau dalam keadaan marah untuk meminta wang.
Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 5 petang di ruang dapur sebuah rumah bernombor di Bertam Malim di sini, pada 22 September 2022.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, J Banusha mencadangkan hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh sebagai pengajaran kepada masyarakat kerana perbuatan tertuduh yang menakutkan mangsa menggunakan pisau.
Bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam, Muhammad Izzuddin Ab Malek merayu hukuman penjara minimum bermula dari dia ditahan kerana tertuduh telah menyesali perbuatannya selain perlu menanggung tiga orang anak dengan pendapatan RM800 sebagai nelayan.
Mahkamah kemudian memutuskan hukuman penjara ke atas tertuduh dijalankan bermula dari tarikh dia ditahan iaitu pada 18 Mei lalu. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ugut ibu
#guna pisau
#Bertam Malim Melaka
#duda dipenjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan