PUTRAJAYA: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjalin kerjasama strategik dengan tiga universiti di Iran menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) baru-baru ini bagi mengukuhkan rangkaian kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi.
MoU berkenaan melibatkan Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM dengan University of Isfahan, manakala Fakulti Sains dan Teknologi (FST) UKM dengan D8 International University dan Islamic Azad University.
D8 atau dikenali sebagai Kumpulan Lapan Negara Membangun, merupakan organisasi bagi kerjasama pembangunan antara Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turkiye. Bagi Kumpulan D8 antara misi paling penting bagi sebuah universiti ialah penyelidikan, inovasi, pendidikan dan aktiviti antarabangsa.
Naib Canselor UKM, Prof Datuk Mohd Ekhwan Toriman berkata, fokus kerjasama IKMS adalah kepada bidang penyelidikan berkaitan Asia Barat dan keselamatan politik dalam konteks geopolitik global, manakala MoU melibatkan FAS akan memfokus kepada bidang sains bumi, alam sekitar, keselamatan siber, sekuriti makanan dan kecerdasan buatan (AI).
"Fokus utama tiga perjanjian ini termasuk pertukaran dan mobiliti pelajar, perkongsian data, penerbitan bersama, kerjasama penyelidikan dan pembangunan bakat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, kerjasama itu sudah pasti akan menghasilkan siswazah dan kakitangan yang berdaya saing, melengkapkan diri mereka dengan pengalaman interaksi di peringkat global yang amat berharga, menerusi program mobiliti dan pembinaan kapasiti.
Katanya, UKM telah diamanahkan dengan tugas penting menjalankan penyelidikan komprehensif berhubung perkara berkaitan air dengan kerjasama D8 International University (Iran) yang berpangkalan di Turkiye, sekali gus menandakan langkah yang signifikan ke arah meningkatkan kefahaman kolektif UKM dan menangani isu kritikal berkaitan air pada skala global.
Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, MoU berkenaan sebagai bukti pengiktirafan antarabangsa terhadap kualiti pendidikan tinggi di Malaysia.
Dua MoU itu telah ditandatangani pada 7 Okt, manakala perjanjian dengan D8 International University dimeterai pada 8 Okt. - BERNAMA
Bernama
Sat Oct 14 2023
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjalin kerjasama strategik dengan tiga universiti di Iran menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) baru-baru ini bagi mengukuhkan rangkaian kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi.
30 CEO TVET swasta Malaysia adakan lawatan ke China
Menerusi lawatan berkenaan kesemua institusi TVET tempatan akan menandatangani MoU dengan lima buah institusi TVET China.
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.
Pemimpin utama industri Qatar hadiri mesyuarat meja bulat dengan PM Anwar
Syarikat yang menghadiri pertemuan meja bulat itu kebanyakannya daripada sektor perkhidmatan, pembuatan serta pelaburan.
LKIM cadang bina slipway di Labuan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang membina satu lagi 'slipway' di Kompleks LKIM Labuan bagi mengatasi masalah kesukaran membaiki bot nelayan di kawasan berkenaan.
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
K'jaan setuju salur peruntukan kepada pembangkang - Fadillah
Satu deraf MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.
Kerajaan rangka MoU peruntukan wakil rakyat pembangkang - TPM Fadillah
MoU akan dirangka terlebih dahulu dan akan dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah perundingan seterusnya.
200 pelajar IKTBN disasar sertai kursus EV menjelang 2025
Langkah ini sejajar hasrat kerajaan yang ingin menarik pelaburan mencecah ke paras RM40 bilion.
MoU bina kerjasama strategik UUM dan 5 universiti di Turki
MoU ditandatangani Naib Canselor UUM, Profesor Dr Mohd Foad Sakdan bersama rektor universiti terlibat.
MWC Barcelona: Telco, agensi Malaysia meterai sembilan MoU pada hari pertama
Pemeteraian itu merangkumi kerjasama dalam bidang seperti kecerdasan buatan (AI), 5G dan teknologi lanjutan 5G dan keselamatan siber.
Kerajaan Selangor, KPKM meterai MoU pertanian berimpak tinggi bernilai RM24 juta
Ia bagi melaksanakan pertanian berimpak tinggi dan meningkatkan kadar sara diri komoditi makanan di Selangor dengan peruntukan berjumlah RM24 juta.
Malaysia perkukuh perdagangan, pelaburan halal melalui dua MoU dengan Jepun
Kerjasama itu juga dapat meningkatkan hubungan dagangan dua hala antara kedua-dua negara dalam industri halal.
Malaysia, Singapura perkukuh jalinan ekonomi dengan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura
Cadangan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berada di landasan untuk direalisasikan dengan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Singapura hari ini.
MTDC dan SME Corp jalin kerjasama bantu usahawan PKS
Pertukaran MoU itu menandakan satu langkah penting ke hadapan kerana perkongsian strategik itu bertujuan untuk memanfaatkan kekuatan kedua-dua pihak.
PH, BN Pahang meterai MoU perkukuh pentadbiran kerajaan negeri
MoU itu ditandatangani oleh Pengerusi PH Pahang Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.