Ukraine, sebuah negara Eropah Timur, berminat untuk berkongsi kepakarannya dalam teknologi aeroangkasa dan kejuruteraan pesawat dengan Malaysia, kata duta negara itu, Olexander Nechytaylo.
Perkongsian kepakaran bukan sahaja akan menyediakan pendidikan kepada rakyat Malaysia melalui pemindahan teknologi, Malaysia akan mampu membangunkan industri aeroangkasanya.
"Ukraine memiliki kepakaran dan kejuruteraan aeroangkasa dan kami boleh membantu Malaysia membangunkan industri udaranya sendiri," kata Nechytaylo kepada Bernama di sini baru-baru ini.
Katanya, Ukraine mempunyai pengalaman dalam bidang kejuruteraan pesawat selama bertahun-tahun dan Igor Sikorsky, pencipta helikopter terkemuka dunia, berasal dari negara itu.
Sikorsky berjaya membangunkan helikopter pertama pada 1939 dan telah mendapat banyak pengiktirafan serta membuat pencapaian dalam kejuruteraan termasuk reka bentuk pesawat.
Selain itu, pesawat terbesar di dunia, Antonov An-225 Mriya yang telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada April lepas, merupakan contoh kepimpinan Ukraine dalam teknologi aeroangkasa dan pembinaan pesawat.
Antonov An-225 Mriya mendarat di sini dalam penerbangan komersil pertama ke Malaysia selepas menjalani proses naik taraf selama lebih setahun. Pesawat kargo komersil gergasi Ukraine itu pernah membuat dua pendaratan di Malaysia sebanyak dua kali iaitu pada 2007 dan 2016.
Malaysia merupakan hentian ketiganya, selepas Leipzig di Jerman dan Dammam, Arab Saudi untuk menghantar kargo berat.
Selain itu, Nechytaylo berkata, bidang lain juga berpotensi untuk mewujudkan kerjasama antara Ukraine dan Malaysia seperti pendidikan, pertukaran budaya, pelancongan dan peningkatan hubungan perdagangan.
"Pelancongan juga menjanjikan potensi yang besar. Tahun lepas, lebih daripada 13,000 pelancong Ukraine melawat Malaysia atau kira-kira 1,000 orang setiap bulan. Ini merupakan angka yang baik memandangkan jarak kedua-dua negara yang agak jauh termasuk ketiadaan perkhidmatan penerbangan terus. Sekarang ini, tugas saya adalah untuk mencetuskan minat rakyat Malaysia melawat Ukraine," katanya.
Kedutaan beliau juga sedang dalam perbincangan dengan beberapa agensi pelancongan Malaysia dan berharap pada tahun depan, agensi pelancongan tempatan dapat memulakan pakej pelancongan ke Ukraine.
"Tidak ramai yang tahu kedudukan geografi Ukraine. Selalunya, orang berfikir, Ukraine terletak berhampiran dengan Kazakhstan atau Uzbekistan. Sebenarnya, Ukraine adalah pusat geografi Eropah. Kiev, sebagai ibu negara hanya terletak sejauh sejam penerbangan dari Vienna di Austria, tiga jam dari London dan dua jam penerbangan dari Amsterdam. Jika di bahagian Asia, Kiev ke Kazakhstan hanya mengambil masa selama empat jam," jelasnya.
Ukraine, yang memiliki garis pantai di Laut Hitam dan Laut Azov, berkongsi sempadan dengan Rusia, Belarus, Poland, Slovakia, Hungary, Romania dan Moldova di sebelah barat daya.
Nechytaylo ketika mengulas mengenai perdagangan dua hala, berkata sejak dua tahun lepas, ia mula menunjukkan pengembangan dan Ukraine sedang berusaha untuk membawa masuk sayur-sayuran dan buah-buahan negara itu ke dalam pasaran Malaysia.
"Ukraine kekal menjadi salah satu pengguna utama minyak sawit Malaysia. Kami bukan anggota penuh Kesatuan Eropah, oleh itu, arahan Suruhanjaya Eropah mengenai minyak sawit tidak memberi kesan ke atas Ukraine. Kami tetap komited untuk mengimport komoditi penting ini dari Malaysia," katanya.
Import minyak sawit Ukraine pada tahun ini mencecah lebih daripada 130,000 tan dalam tempoh lapan bulan pertama, iaitu peningkatan sebanyak lebih daripada 10 peratus. Ia adalah rekod pembelian tertinggi oleh Ukraine.
Nechytaylo berkata, walaupun Malaysia sedang berusaha bagi meningkatkan kesedaran untuk memastikan kemampanan dan pembangunan ladang kelapa sawit yang lebih bertanggungjawab, persepsi negatif mengenai minyak sawit telah wujud selama bertahun-tahun dan ia tidak mudah untuk ditangani.
Bagaimanapun, beliau menambah, langkah terbaik ialah terus konsisten dalam memberikan maklumat yang tepat kepada orang ramai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 19 2018

Olexander Nechytaylo berkata, Ukraine memiliki kepakaran dan kejuruteraan aeroangkasa dan kami boleh membantu Malaysia membangunkan industri udaranya. - Bernama

Pas tidak putus asa bina muafakat UMNO-Bersatu - Tuan Ibrahim
Menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Pas sedia bekerjasama dengan semua pihak yang bersedia menyokong aspirasi kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Cerita Sebalik Berita: Jerebu dan pembakaran terbuka di Kedah
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

Dominasi politik Melayu terencat bila Ahmad Zahid putus hubungan dengan Bersatu - Penganalisis
Dominasi politik melayu akan terencat akibat tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRU15.

Kerajaan Pusat hapus pinjaman air Perlis bernilai RM185.41 juta
Kerajaan Pusat bersetuju menghapus kira pinjaman kerajaan Perlis berjumlah RM185.41 juta susulan pelaksanaan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air.

AWANI Ringkas: Wujudkan badan bebas pantau NGO ahli politik | BNM kekalkan OPR 1.75%
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (3:00PM).

Muhyiddin tiba mesyuarat AMT, bincang hubungan Bersatu dan UMNO
Muhyiddin tiba kira-kira jam 4.32 petang diiringi beberapa pemimpin tertinggi Bersatu.

Bank Negara kekalkan OPR pada 1.75 peratus
Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi mesyuarat kedua Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Khamis, memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus.

Petugas KKM dilarang buat pernyataan awam tanpa kebenaran
Kenyataan KKM merujuk kepada ciapan di media sosial mengenai proses pemberian vaksin yang didakwa ditulis oleh petugas kesihatan KKM.

21 ditahan terlibat skim penipuan Likeshare, Zan Zan Lee, Isharefans dan E-Currency Investment Bitcoin
Ahli sindiket akan memulakan iklan tawaran pelaburan melalui platform media sosial seperti Facebook dan WhatsApp.

Kebakaran tapak pelupusan sampah di Kemunting kian merebak
Kebakaran tapak pelupusan sampah seluas 1.6 hektar di Kemunting, dekat Kubang Pasu semakin merebak.

Selangor tawar 10,000 peluang pekerjaan menerusi Inisiatif Selangor Kerjaya
Inisiatif kerajaan Selangor ini dicetuskan bagi menangani isu penawaran pekerjaan pasca pandemik COVID-19.

PKP: Kedai gunting rambut, dobi antara 9 sektor yang dibenar beroperasi
Kerajaan mengumumkan pelonggaran sembilan industri untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP, termasuk perkhidmatan gunting rambut dan dobi.

Industri pertahanan perlu proaktif, letak sasaran sebagai pengeksport
Beliau berkata peserta industri perlu turut meletakkan sasaran menjadi pengeksport di peringkat rantau atau global, di samping menghasilkan produk dwiguna untuk pasaran komersial.

Pembakaran terbuka: Selangor bekerjasama dengan PDRM untuk kenakan tindakan tegas
Individu yang disyaki membuat pembakaran terbuka di kawasan tanah gambut berkenaan adalah golongan petani haram serta warga asing dan kerajaan negeri menghadapi kesukaran dalam mengawal situasi itu.

Airbus Malaysia yakin capai sasaran sumbangan AS$500 juta kepada KDNK
Naib Presiden dan Ketua Negara, Raymond Lim berkata buat masa ini, sumbangan pihaknya adalah 30 peratus daripada angka sasaran.

Dr Mahathir pelawa syarikat Turki melabur dalam tiga sektor utama Malaysia
Perdana Menteri berkata bagi sektor aeroangkasa, Malaysia menyasarkan untuk muncul sebagai negara aeroangkasa terkemuka di ASEAN dan memanfaatkan pasaran global pada 2030.

Tun Mahathir lawat Industri Aeroangkasa Turki
TAI merupakan sebuah pusat pembangunan aset, komponen dan sistem aeroangkasa milik republik itu.

AirAsia X optimis dapat berkembang ke Eropah
irAsia, syarikat penerbangan tambang rendah Malaysia, hari ini memperkenalkan pesawat Airbus A330neo miliknya yang juga pesawat pertama dalam generasi baharu penerbangan jarak jauh.

LIMA 2019: Mahu jadikan Malaysia sebagai negara aeroangkasa terkemuka - Tun Mahathir
Di bawah Rangka Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030, kerajaan merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara aeroangkasa terkemuka di Asia Tenggara.

LIMA 2019: Dr. Mahathir kembali lawat 'anak emasnya' di Langkawi
Perdana Menteri akan kembali merasmikan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) selepas kali terakhir pada 2003.