KUALA LUMPUR: Sambutan Hari UIang Tahun (HUT) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-90 disambut dengan nada berbeza tahun ini, susulan tragedi helikopter yang mengorbankan10 pegawai dan anggota pasukan itu Selasa lepas.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi catatan di Facebooknya menzahirkan harapan supaya warga TLDM terus cekal, tabah demi rakyat dan tanah air, walaupun berhadapan pelbagai rintangan dan cabaran.
"Jangan sesekali kita melupakan mereka yang telah pergi meninggalkan kita, bawalah semangat juang, kenanglah jasa dan pengorbanan, ingat mereka dalam setiap doa.
"Begitu juga pejuang-pejuang terdahulu yang telah meninggalkan kita. TLDM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara. Selamat Hari Ulang Tahun ke-90 buat seluruh warga dan veteran TLDM," katanya.
Ucapan sama turut dititipkan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, selain mengucapkan takziah kepada warga TLDM serta keluarga anggota yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak.
"Kepada semua anggota dan pegawai TLDM seluruh negara, terima kasih atas segala jasa, khidmat dan bakti anda dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan perairan negara.
"Salam takziah kepada mereka yang telah kembali kepadaNya. Setiap titik peluh pengorbanan anda amat dihargai dan didoakan akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT," katanya di Facebook.
Zambry yang pernah berkhidmat sebagai bekas wakil rakyat di Pulau Pangkor dan Menteri Besar Perak, mengakui terkesan dengan tragedi itu berikutan kem TLDM Lumut terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri Pangkor.
Tragedi pagi Selasa yang membabitkan pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan pesawat Fennec (M502-6) di Pangkalan Tentera Laut TLDM di Lumut, mengorbankan 10 pegawai dan anggota TLDM termasuk tiga wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 27 2024
Warga TLDM diharapkan terus cekal, tabah demi rakyat dan tanah air, walaupun berhadapan pelbagai rintangan dan cabaran. - Facebook Khaled Nordin
Guru didakwa denda pelajar berdiri tengah panas disiasat
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, laporan dibuat oleh ibu kepada salah seorang pelajar terbabit.
14 lelaki ditahan dalam operasi khas banteras penyeludupan, rampasan bernilai lebih RM35 juta
Tiga daripada serbuan itu dijalankan serentak pada Isnin lepas (20 Mei) manakala satu lagi serbuan pada Khamis (23 Mei).
Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria
Santha Kumari berkata rumahnya di tingkat 20 tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
Manchester United juara Piala FA
Gol dijaringkan Garnacho pada minit ke-30 diikuti Kobbie Mainoo sembilan minit kemudian menafikan impian City menambah koleksi kejuaraan.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini
Kekosongan kerusi terjadi susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada Jumaat kerana mengalami keradangan dalam perut.
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Wan Arif-Roy King tumpas kepada pilihan kedua dari Denmark
Wan Arif-Roy King ditewaskan pilihan kedua kejohanan itu menerusi permainan straight set 13-21, 19-21 dalam masa 43 minit.
Pendedahan awal literasi digital lahirkan pengguna media sosial bertanggungjawab
Ia bagi melahirkan pengguna media sosial yang bertanggungjawab.
Pegawai kadet TLDM jadi 'target' pegawai semasa latihan
Bekas pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa, mendiang J. Soosaimanicckam menjadi target (sasaran) pegawai-pegawai semasa mangsa menjalan
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Malaysia, Turkiye bincang perolehan LMS - Khaled Nordin
Malaysia dan Turkiye sedang mengadakan perbincangan bagi memuktamadkan perolehan kapal misi pesisir (LMS).
Nahas helikopter Lumut: Laporan awal diterbitkan esok - Fahmi
Laporan awal yang melibatkan nahas dua helicopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya dijangka akan diterbitkan esok.
Mohamed Khaled adakan lawatan rasmi ke Turkiye Jun ini
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan melakukan lawatan rasmi ke Turkiye pada Jun ini bagi meningkatkan lagi kerjasama strategik dari segi pertahanan antara kedua-dua negara.
Boustead Heavy Industries terima kontrak sokongan kapal selam TLDM bernilai RM43.6 juta
Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) menerima kontrak sokongan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada Kementerian Pertahanan bernilai RM43.6 juta.
TLDM lancar penjajaran Pelan Transformasi 15to5
TLDM akan melancarkan dokumen Platform semasa Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2024 berlangsung pada 6 hingga 9 Mei ini.
Nahas helikopter Lumut: Presiden Turkiye ucap takziah kepada keluarga anggota, Malaysia - Anwar
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga 10 wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, Perak.
Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas
Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.