KUALA LUMPUR: UMNO belum bersedia untuk melakukan pemilihan parti dalam waktu terdekat lebih-lebih lagi selepas parti itu membuat keputusan untuk menarik sokongan kepada kerajaan baru-baru ini.
Pandangan itu disuarakan peguam dan aktivis politik, Rizal Abdullah, yang berpendapat, disebabkan mereka masih tidak bersedialah, mereka meminta penangguhan selama 18 bulan sebelum ini.
Menurutnya, situasi sekarang jelas menunjukkan UMNO telah melanggar Perlembagaan partinya iaitu untuk mengadakan pemilihan setiap tiga tahun.
BACA: Penangguhan pemilihan UMNO tidak sah, kata RoS
“Surat yang RoS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia) ini sudah cukup jelas, ia memang mengatakan, kalau ikut Perlembagaan UMNO, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) boleh menangguhkan pemilihan selama tidak lebih 18 bulan.
“Tetapi, keputusan itu mestilah dibuat sebelum tamat tempoh MKT itu sendiri iaitu pada 30 Jun 2021. Jadi masalahnya sekarang, keputusan untuk menangguhkan pemilihan itu telah dibuat pada 7 Julai 2021.
“Ia adalah seperti mana dalam surat RoS di mana UMNO telah kemukakan minit untuk menangguhkan pemilihan itu bertarikh 7 Julai 2021,” katanya ketika bersiaran secara langsung pada Buletin AWANI pada Sabtu.
Tambahnya, sekiranya berpandukan kepada undang-undang, MKT UMNO sebenarnya sudah lagi tiada selepas tengah malam 30 Jun 2021.
“Kalau ikut Perlembagaan Malaysia, kalau Parlimen terbubar, kita hanya ada ‘caretaker government' (kerajaan sementara) tapi perbezaan di sini dengan UMNO, dalam Perlembagaan Negara, ada peruntukan buat pilihan raya selepas 90 hari Parlimen terbubar.
“Saya dah baca perlembagaan UMNO, tiada peruntukan sama seperti Perlembagaan Malaysia, sama ada boleh ada ‘caretaker’ atau tidak pun, kita tidak pasti.
“Tapi apa yang pasti, kalau ada ‘caretaker’ pun, dia tak boleh buat keputusan besar macam dibuat pada 3 Ogos lepas,” ujarnya.
RoS pada Jumaat dalam kenyataannya berkata, keputusan UMNO untuk menangguhkan pemilihan partinya tidak sah.
Ketua Pengarahnya Jasri Kasim menjelaskan ia disebabkan tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun 2021.
Jasri menjelaskan bahawa RoS bertanggungjawab untuk memastikan semua aktiviti dan pengurusan pertubuhan berdaftar sesuai dengan perlembagaan setiap organisasi dan tidak bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 atau mana-mana undang-undang negara.
Pada 8 Julai lalu, presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengatakan bahawa Majlis Kerja Tertinggi parti itu telah mengesahkan penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan.
Astro Awani
Sat Aug 07 2021
Menurut Rizal, situasi sekarang jelas menunjukkan UMNO telah melanggar Perlembagaan partinya iaitu untuk mengadakan pemilihan setiap tiga tahun. - Gambar hiasan/Bernama
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,089
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
UMNO Selangor ambil alih proses pemilihan sayap wanita Tanjong Karang
Sulaiman berkata, pemilihan yang diadakan pada 27 Julai ini diharap berjalan lancar dan dalam keadaan terkawal.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru 27 Mei ini - Khaled
Mohamed Khaled berkata setakat ini tiada pindaan tarikh dan lokasi pemilihan yang telah ditetapkan.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diadakan 27 Mei ini
Abdul Halim berkata, lokasi pemilihan masih belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada Shahrir Samad.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diambil alih UMNO Johor - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled berkata, Setiausaha Badan Perhubungan Datuk Abdul Halim Suleiman akan dipertanggungjawab mengendalikan pemilihan.
Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.
UMNO Sabah terima laporan insiden kekecohan dalam pemilihan - Bung Moktar
UMNO Sabah telah menerima laporan beberapa insiden kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri ini, Sabtu lepas.
"Saya ibarat boneka" - Pengerusi Tetap UMNO Kubang Pasu umum letak jawatan
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kubang Pasu, Zulkifli Md Isa membuat kejutan apabila mengumumkan meletak jawatan secara serta-merta, hari ini.
Pemilihan UMNO: Ini senarai barisan kepimpinan sesi 2023-2026
Keputusan penuh bagi jawatan yang dipertandingkan dalam pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 telah disahkan, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Nazifuddin harap tiada perbalahan selepas menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi
Datuk Mohd Nazifuddin Najib berharap mereka yang tewas pada pemilihan bahagian tersebut terus bersama bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Pemilihan UMNO: 54 muka baharu terpilih jadi ketua bahagian
Hampir 30 peratus atau 54 muka baharu yang terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan kali ini.