KUALA LUMPUR: Seluruh anggota masyarakat perlu yakin terhadap kemampuan anak muda menggunakan kuasa yang diberikan untuk menentukan masa depan negara apabila terlaksananya Undi18 nanti.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pada masa sama golongan itu perlu dipandu dan dibentuk pemikiran agar boleh berfikir dengan matang dalam memilih kepimpinan negara dalam proses demokrasi.
“Kalau yang berusia 17 tahun kita boleh bagi kebenaran untuk memandu di jalan raya, menjaga nyawa manusia dan sebagainya, kita kena let them fly.
“Kita mesti yakin mereka akan membuat keputusan yang betul tetapi usaha-usaha yang kita semua kena buat, pengamal media, ahli politik, ibu bapa mesti main peranan masing-masing untuk membentuk anak-anak muda ini demi kebaikan mereka,” katanya.
Dalam bersetuju, beliau turut risau tentang pendedahan golongan ini kepada kepelbagaian kandungan di media sosial yang kebanyakannya boleh mencemarkan pemikiran anak muda yang menjadi pengguna paling ramainya.
Bercakap dalam program Agenda AWANI pada Rabu, beliau khuatir pertimbangan mereka nanti dipengaruhi faktor seronok sehingga mengetepikan unsur penting yang meletakkan nilai kebolehan seseorang personaliti itu untuk memimpin masyarakat ke matlamat yang murni.
“Jangan kerana kita ada kuasa untuk memilih boleh terlibat dalam politik sehingga kita merosakkan hubungan kekeluargaan, jangan sehingga kita terlalu dah ada kuasa berpolitik tapi anak-anak muda ini yang terlalu dekat dengan media sosial, influencer di TikTok itu dilihat sebagai seorang yang boleh memimpin negara.
“Bukan saya kata tak boleh, tetapi jangan terlalu ke arah itu kerana seorang remaja 18 tahun kalau begitu tertarik kepada influencer berpakaian seksi dalam Instagram dan orang itu pula menjadi calon, dia pilih, apa nak jadi kita ini?” kata Ahmad Faizal.
Namun, hos Nailah Huda turut menyuarakan kebimbangannya, bukan terhadap anak muda tetapi kepada pendidikan politik dan tahap kematangan seluruh rakyat Malaysia secara amnya.
Ini kerana senario yang berlaku hari ini jelas, antaranya ramai orang dewasa juga mudah percaya dan menyebarkan berita palsu yang diterima dalam aplikasi permesejan dan laman media sosial masing-masing tanpa berfikir jauh tentang kebenaran serta kesannya tindakannya itu.
Justeru, Ahmad Faizal berkata, kerana itu ia menjadi tanggungjawab semua pihak untuk membentuk generasi akan datang yang lebih waras dan bijak supaya masyarakat dewasa pada masa akan datang tidak akan mengulangi kesilapan sama.
Tonton video penuh di sini:
Israr Khalid
Wed Oct 06 2021
Ahmad Faizal pada masa sama risau pemikiran anak muda dipengaruhi kandungan di media sosial. - Gambar fail
KBS sasar 8,880 individu sertai KLAS Renang tahun ini
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan sebanyak 8,880 individu menyertai Program Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang (KLAS Renang) di seluruh negara tahun ini.
Penyu PD pulang bertelur, orang ramai jangan buat kacau ganggu
Selepas menemui 159 telur penyu karah di Pantai Tanjung Gemok Port Dickson, pada Jumaat, kini sebanyak 117 telur penyu agar pula ditemui pada Sabtu.
Che'gubard direman dua hari
Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City.
Buletin AWANI Khas: Mesyuarat khas WEF di Arab Saudi, PM Anwar & Pemimpin dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini.
AWANI Ringkas: BERSATU serah tujuh notis kosongkan kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Kertas Kabinet wujud sektor industri sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Kertas Kabinet berkenaan usaha mewujudkan sektor industri sukan dijangka dibentang kepada Jemaah Menteri dalam tempoh sebulan.
Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan tidak sesekali akan meminggirkan kanak-kanak Orang Asli dan luar bandar dalam menyediakan peluang dan akses untuk bersukan.
Pelan Industri Sukan kini di fasa akhir - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Belia dan Sukan kini dalam fasa akhir membangunkan Pelan Industri Sukan, yang menggariskan strategi dan inisiatif memberi manfaat kepada sektor industri sukan.
Kalau semua berhenti kerja sebab surat layang, susahlah - Hannah
Menteri Belia dan Sukan akui surat layang merupakan perkara biasa dalam sesebuah organisasi susulan kemelut yang sedang melanda FAM ketika ini.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
Rebut peluang biasiswa pendidikan menerusi 'Uni Enrol' - Hannah
Pelajar di seluruh negara digesa supaya merebut peluang mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pengajian menerusi platform pendaftaran pelajar dalam talian Uni Enrol.
Kabinet bincang tawaran anjur Sukan Komanwel esok
Kerajaan akan memperincikan mengenai cadangan penganjuran sukan Komanwel 2026 dalam mesyuarat Jemaah Menteri, esok.
Pengisian program Rakan Muda perlu dijadikan agenda nasional - Ahmad Zahid
Beliau berkata program anjuran Rakan Muda perlu turut menjadi platform kepada pengukuhan integrasi nasional dan perpaduan kaum.
Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas
Rakan Muda: KBS sedia peruntukan RM1 juta
Bantuan diperuntukkan kepada SRM IPT untuk menjalankan program dan aktiviti pembangunan Rakan Muda berteraskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda.