BARU-BARU ini, Kaunselor Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Saiful Redza Mohamed, berkata beberapa majikan akan menyemak akaun Facebook calon pekerja sebelum membuat tawaran pekerjaan.

Berdasarkan satu kajian, Saiful berkata majikan akan menilai tingkah laku bakal pekerja dan cara mereka berfikir melalui apa yang telah dikongsikan di media sosial.

Oleh itu, para pelajar harus mengendalikan akaun media sosial mereka dengan lebih intelektual.

“Jika anda tidak memiliki Facebook, mereka akan menganggap anda sebagai seorang anti-sosial.

“Jika gambar profil bukan gambar diri sendiri, mereka akan menganggap anda sebagai seorang yang kurang berkeyakinan, "katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa sesebuah syarikat juga akan mengelak daripada melantik orang-orang yang terlalu sosial.

Persoalannya, perlukah seseorang menyembunyikan karakter sebenar dari dunia media sosial untuk menarik perhatian bakal majikan?

Perlukah seseorang mewarnai akaun media sosial mereka dengan identiti diri yang tidak benar bagi menyerlahkan personaliti yang mereka inginkan?

Adakah anda sebagai bakal pekerja merasa tertekan dan kurang selesa dengan prosedur ini?

Sertai undian kami dan kongsi pendapat anda di laman Facebook dan Twitter kami.