awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNGA79: Menteri Luar Mohamad Hasan tiba di New York

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
22/09/2024
02:00 MYT
UNGA79: Menteri Luar Mohamad Hasan tiba di New York
Menteri Luar Mohamad tiba di hotel penginapannya di New York pada Sabtu malam. Beliau berada di sini bagi mewakili Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-79. - Gambar Astro AWANI
NEW YORK: Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan tiba di sini, bagi mewakili Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-79.
Mohamad tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy pada jam 8.30 malam (waktu tempatan) Sabtu diiringi isterinya, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujmuddin.
Ketibaan Mohamad disambut oleh Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Datuk Ahmad Faisal Mohamad dan Konsul Jeneral Malaysia di New York, Amir Farid Abu Hasan.
Mohamad dijadual menyampaikan Kenyataan Negara sempena UNGA ke-79 bertemakan Leaving no one behind: Acting together for the advancement of peace, sustainable development and human dignity for present and future generations pada 28 September ini.
Selain itu, beliau juga akan mengambil bahagian dalam beberapa mesyuarat peringkat tertinggi, termasuk Sidang Kemuncak Masa Depan UNGA pada 22 dan 23 September bertujuan menguatkan kerjasama antarabangsa dalam isu-isu kritikal seperti kemiskinan, keselamatan global, dan perubahan iklim.
Semasa sidang ini, Malaysia dijangka menyumbang kepada perbincangan tentang cara dan kaedah bagaimana dunia boleh menggerakkan usaha mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) menjelang 2030.
Antara lain, Mohamad juga dijadual terlibat dalam pelbagai mesyuarat multilateral, termasuk mesyuarat ASEAN-Pakatan Pasifik (PA) dan Mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Ekonomi ASEAN (ECO), di mana peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan dijangka ditekankan.
Isu-isu antarabangsa utama seperti peningkatan paras laut, pelucutan senjata nuklear dan rintangan antimikrob juga akan menjadi fokus utama dalam penglibatan Malaysia semasa High Level Week yang bermula 24 hingga 30 September ini.
Tidak ketinggalan, Mohamad juga akan menghadiri mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang akan memfokuskan kepada isu etnik Rohingya dan Palestin yang selanjutnya mengukuhkan advokasi kuat Malaysia untuk isu kemanusiaan di kawasan terlibat.
Pada masa sama, Mohamad akan turut menghadiri beberapa pertemuan dua hala bersama Setiausaha Agung PBB, Antonio Gutteres dan Ketua Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini.
Topic Berkaitan
#UNGA79
#Mohamad Hasan
#Menteri Luar
#Kenyataan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan