LONDON: Institut Teknologi Penerbangan Malaysia, Universiti Kuala Lumpur, (UniKL MIAT), mengorak langkah ke depan bagi melahirkan tenaga pakar dalam bidang aeroangkasa menerusi jalinan kerjasama dengan Cranfield University di United Kingdom.
Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, jalinan kerjasama itu dirangka bagi program pasca ijazah yang berteraskan pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional peringkat tinggi atau High-TVET (H-TVET), bagi mendokong pembangunan teknologi dan keperluan industri aeroangkasa negara.
"Saya semalam sempat berjumpa dengan Pro Naib Canselor, Profesor Helen dan juga Dekan Kejuruteraan Aeroangkasa dan kita kalau boleh kita hendak supaya universiti ini dapat memberi kerjasama dengan UniKL untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian pelajar-pelajar kita," katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.
Jelas Mahdzir, persetujuan jalinan kerjasama itu dicapai hasil daripada sesi libat urus bersama Pro Naib Canselor Cranfield Univerity, Profesor Helen Atkinson di kampus universiti itu di Bedfordshire, United Kingdom semalam.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ramlan Harun dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf.
Melalui kerjasama itu kata Mahdzir, UniKL dapat meningkatkan kepakaran dan tenaga kerjanya untuk mengendalikan program pengajian TVET peringkat tinggi atau H-TVET untuk program pasca ijazah selaras dengan keperluan industri dan teknologi aeroangkasa yang terkini.
"Kerjasama sebegini akan merapatkan hubungan di antara kedua-dua buah universiti yang akhirnya akan memberi manfaat kepada pembangunan industri melalui program pasca ijazah yang bakal dijalankan di UniKL."
Selain itu tambah Mahdzir, kerjasama itu juga membolehkan UniKL membina pusat kecermerlangan serantau program pasca ijazah aeroangkasa yang berorientasikan kepada keperluan industri.
Ia sekaligus mampu mewujudkan ekosistem diantara pemain industri aeroangkasa sama ada di peringkat pengurusan atau teknikal yang dapat mencernakan pembangunan syarikat-syarikat aeroangkasa Malaysia ke peringkat global.
Untuk itu, satu perjanjian kerjasama bagi tempoh lima tahun akan dimeterai tidak lama lagi diantara kedua-dua pihak.
Menurut Mahdzir, kelebihan Cranfield University adalah kaitannya secara langsung dengan syarikat Airbus dan Rolls-Royce yang boleh dimanfaatkan oleh UniKL MIAT.
"Kita di UniKL MIAT di Sepang dan Subang telah ada pelajar dalam kejuruteraan aeroangkasa di peringkat sijil profesional, diploma dan ijazah sarjana muda.
Jadi kita nak tingkatkan lagi kualiti capaian pelajar-pelajar dan kita hendak supaya ada peningkatan dari segi dalam capaian di peringkat sarjana dan juga Phd," jelas Mahdzir.
Sementara itu, menurut Pensyarah Kanan, Pejabat Dekan dalam Pengurusan Projek UniKL MIAT, Mulia Minhat, Cranfield University juga bersetuju untuk memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar UniKL menerusi program perantisan dan latihan praktikal di universiti itu.
Mulia yang bertanggung-jawab dengan program Pembangunan Strategik Latihan Teknikal Aeroangkasa UniKL MIAT ini menambah, graduan program Ijazah Sarjana Muda UniKL juga akan mendapat pendedahan luas kepada teknologi aeroangkasa terkini dan bekerja dengan syarikat-syarikat aeroangkasa antarabangsa.
UniKL MIAT katanya terbabit dalam pembangunan aeroangkasa selaras dengan Pelan Rangka Kerja Industri Aeroangkasa negara dan juga Pelan Cetakbiru Industri Aeroangkasa Malaysia 2030.
"Ini akan membantu mereka menjadi lebih yakin dan berketerampilan dan akhirnya meningkatkan kebolehpasaran mereka untuk mendapat peluang pekerjaan di syarikat-syarikat global aeroangkasa.
Dari erti kata lain, graduan sedemikian berpotensi untuk menjadi tenaga kerja bakat masa hadapan dan berpendapatan tinggi dan akhirnya, dapat membantu negara menjadi negara berpendapatan tinggi," jelas Mulia.
Bagi Profesor Helen Atkinson, hubungan rapat Cranfield University dengan industri selain mempunyai kemudahan penyelidikan terkemuka dunia, membolehkan pelajarnya memperolehi kemahiran tinggi sekaligus memberi manfaat kepada syarikat aeroangkasa di seluruh dunia.
Cranfield University katanya, berbangga kerana mempunyai sebuah pusat penyelidikan terkemuka iaitu Pusat Teknologi Penyelidikan Penerbangan Digital (DARTeC).
“Saya gembira dapat bertemu dengan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Ramlan Harun dan Datuk Azhar Abdul Manaf serta delegasi minggu ini dan membincangkan kerjasama yang lebih erat, agar dapat membina keupayaan aeroangkasa negara pada masa hadapan," kata Profesor Helen.
Untuk rekod, Cranfield University menduduki ranking kelima di UK bagi bidang Kejuruteraan - Mekanikal, Aeronautik dan Pembuatan dalam senarai Ranking Universiti Dunia mengikut Subjek tahun 2022.
88 peratus penyelidikan di universiti itu dikelaskan sebagai terkemuka dunia atau cemerlang di peringkat antarabangsa berdasarkan Rangka Kerja Kecemerlangan Penyelidikan 2021.
Astro Awani
Sat Jun 18 2022
Menurut Mahdzir, jalinan kerjasama itu dirangka bagi program pasca ijazah yang berteraskan pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional peringkat tinggi atau High-TVET (H-TVET). - Facebook Mahdzir Khalid
Lelaki OKU maut, ibu cedera dalam kejadian samun di rumah
Mangsa yang juga OKU bisu ditemui maut dalam keadaan mulutnya ditampal pita pelekat manakala ibunya yang berusia 70 tahun luka pada jari kanan.
103 projek bekalan air Pahang libatkan kos RM121.2 juta telah disiapkan
Sebanyak 103 projek pembangunan bekalan air Pahang membabitkan kos sebanyak RM121.2 juta telah disiapkan setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Inndeks Harga Pengeluar Perkhidmatan naik 1.0 peratus pada suku pertama
IHPRP mencatatkan 115.8 mata pada suku pertama 2024 (S1 2024), meningkat satu peratus, yang sama seperti suku keempat 2023 (S4 2023), kata DOSM.
Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa
Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa.
Negeri Sembilan arah PBT kenal pasti pokok risiko tumbang di tanah persendirian
Kesemua PBT di Negeri Sembilan diarah mengenal pasti semua pokok yang berbahaya dan berisiko tumbang terutama di kawasan tanah persendirian.
PKNP kenal pasti kawasan berpotensi dibangunkan sekitar ECRL
PKNP kenal pasti beberapa kawasan berpotensi dibangunkan di sekitar stesen ECRL yang sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi penduduk setempat dan negeri Pahang.
Mahu kongsi khasiat, bekas guru agama buka ladang dhab pertama di Malaysia
Seorang bekas guru agama membuka sebuah ladang ternakan dhab atau nama saintifiknya Uromastyx aegyptia yang pertama di negara ini.
UPNM guna bahan buangan kelapa sawit jadi peledak peluru
UPNM mengorak langkah dalam bidang inovasi apabila menghasilkan peledak atau bahan bakar alternatif dalam peluru daripada ekstrak bahan buangan kelapa sawit.
10 Berita Pilihan - (08 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taikun dipenjara terkait kes cubaan bunuh dua dekad lalu
Taikun dipenjara terkait kes cubaan bunuh dua dekad lalu
Seorang ahli perniagaan Ukraine yang kini dipenjara akibat kes penipuan dan penyelewengan wang turut berdepan sabitan cubaan membunuh dalam kes yang berlaku lebih dua dekad lalu. Polis Ukraine dalam kenyataan mendedahkan bahawa Ihor Kolomoisky berkemungkinan bertanggungjawab sebagai dalang cubaan membunuh seorang peguam dalam konflik berkaitan hal korporat lebih dua tahun lalu.
Seorang ahli perniagaan Ukraine yang kini dipenjara akibat kes penipuan dan penyelewengan wang turut berdepan sabitan cubaan membunuh dalam kes yang berlaku lebih dua dekad lalu. Polis Ukraine dalam kenyataan mendedahkan bahawa Ihor Kolomoisky berkemungkinan bertanggungjawab sebagai dalang cubaan membunuh seorang peguam dalam konflik berkaitan hal korporat lebih dua tahun lalu.
Rakyat Malaysia perlu syukuri nikmat keamanan dan kebebasan dikecapi negara - Agong
Titah baginda, sengketa dan peperangan hanya meleburkan impian dan masa depan sesebuah negara, sehingga akhirnya mengundang kemusnahan umat.
Kerajaan sedia dana tambahan kepada UniKL wujud latihan kepada pensyarah TVET - PM Anwar
Kerajaan akan menyediakan dana tambahan kepada Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk mengadakan latihan kepada tenaga pengajar dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), kata Perdana Men
Pastikan tiada keciciran lepasan SPM untuk lanjutkan pelajaran - Ahmad Zahid
Kerajaan mahu melihat pelajar-pelajar institusi pendidikan dibawah kementerian itu dapat menyambung pengajian sehingga peringkat tertinggi.
MCMC meterai kerjasama dengan UniKL, MBOT, Agensi Nuklear Malaysia bangunkan bakat digital negara
MCMC hari ini menandatangani dan penukaran dokumen kerjasama dengan beberapa institusi tempatan dan global.
UniKL catat kadar kebolehpasaran graduan lebih 97 peratus - Mahdzir
UniKL berjaya mencatat kadar kebolehpasaran graduannya 97.1 peratus pada 2021 dan 96.1 peratus pada 2020 walaupun situasi ekonomi global mencatatkan pertumbuhan negatif dalam tempoh itu.
Kerajaan pertimbang bina kampus baharu UniKL di Kuala Lumpur - Mahdzir
Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Kuala Lumpur bagi menyokong misi pengantarabangsaan universiti berkenaan.
UniKL jalin kerjasama dengan Cranfield University UK bagi perluas bidang aeroangkasa
Jalinan kerjasama itu dirangka bagi program pasca ijazah yang berteraskan pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional peringkat tinggi.
UniKL pertahan Piala Sumbangsih
Aksi TNB dilihat lebih meyakinkan apabila memperoleh dua pukulan sudut penalti pada minit terakhir suku pertama perlawanan namun disia-siakan begitu sahaja.
UiTM, UniKL cipta peranti penjarakan sosial
ODDS telah dibentangkan di Seoul Invention International Fair 2019 (SIIF2019) di Seoul, Korea Selatan pada November 2019 dan berjaya merangkul pingat gangsa.
Komersialkan robot ciptaan peserta Robattle
Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Norashikin Shaharudin berkata robot ciptaan para pelajar yang komersialkan akan memupuk minat golongan muda dan para peserta untuk menjadi usahawan.