awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNIMAS tangguh kemasukan pelajar, elak penularan COVID-19

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
02/10/2020
08:29 MYT
UNIMAS tangguh kemasukan pelajar, elak penularan COVID-19
Naib Canselor UNIMAS, Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suadi maklumkan keputusan dibuat susulan peningkatan kes positif COVID-19 ketika ini. -Gambar Fail
KUALA LUMPUR:Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengambil keputusan untuk menangguhkan kemasukan bagi semua mahasiswa Prasiswazah dan Pascasiswazah sesi 2020/2021.
Memetik kenyataan yang dikongsikan dalam laman Facebook rasmi UNIMAS, keputusan itu selaras dengan ketetapan baharu kemasukan ke Sarawak seperti yang diumumkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Khamis.
Menurut Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suadi, kemasukan bagi mahasiswa kampus berkenaan akan ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
“Bagi yang sudah berada di kampus buat tempoh ini, mereka dibenarkan dengan syarat patuh pada arahan keselamatan termasuk Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan,” ujarnya dalam kenyataan sama.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak UNIMAS. -Sumber Facebook UNIMAS
Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak UNIMAS. -Sumber Facebook UNIMAS
Tambah kenyataan itu lagi, pendaftaran bagi pelajar baharu dan semasa masih dilaksanakan, namun dengan menggunakan medium secara atas talian di portal rasmi UNIMAS.
Sementara itu, setiap pelajar yang sepatutnya berada di kampus untuk sesi berkenaan diminta untuk berhubung dengan fakulti masing-masing bagi mengetahui kaedah pengajian serta mod untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijadualkan bermula pada 12 Oktober depan.
Topic Berkaitan
#AWANI Sarawak
#Astro Awani
#Universiti Malaysia Sarawak
#Unimas
#Naib Canselor UNIMAS
#Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan