Cadangan penggabungan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kini menampakkan penerimaan positif daripada kedua-dua pihak, kata Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir.
Beliau berkata pihak pengurusan tertinggi kedua-dua universiti berkenaan sudah mula mendapat gambaran mengenai model universiti baharu yang akan terhasil melalui proses penggabungan itu.
"Kita nampak kedua-dua universiti telah memberi maklumat balas yang sangat positif di mana mereka telah melihat model bagaimanakah universiti yang terhasil nanti selepas bergabung," katanya selepas merasmikan majlis penutup Karnival Bahasa Inggeris (HE ELCA) 2019 di UMT, di sini, hari ini.
Turut hadir Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar dan Naib Canselor UniSZA, Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan.
Mengulas lanjut Siti Hamisah berkata bengkel pertama selama dua hari bermula hari ini bagi mendengar mengenai harapan, impian serta citarasa kedua-dua belah mengenai universiti baharu yang akan diwujudkan melalui penggabungan itu.
Ia dihadiri pelbagai pihak termasuk daripada Jabatan Pendidikan Tinggi, naib canselor kedua-dua universiti, pengerusi universiti, pengurusan tertinggi seperti pendaftar, kakitangan akademik, kakitangan bukan akademik serta pelajar.
Sementara itu Nor Aieni berkata, beliau akur dengan cadangan kerajaan untuk memperkasakan kedua-dua universiti tetapi akan terus memperkasa bidang utama seperti maritim yang telah mengambil masa lebih 12 tahun untuk digerakkan.
Beliau berkata pihaknya berharap supaya penggabungan tersebut tidak akan menjejaskan reputasi UMT dalam beberapa bidang utama sebaliknya akan memperkasakan aspek-aspek lain.
"Kita akan kemukakan cadangkan penggabungan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula dengan bengkel pertama ini dan harap ia dapat berjalan secara positif," katanya.
Pendapat sama turut diutarakan oleh Hassan Basri dan berharap gabungan dua universiti itu melonjakkan lagi kecemerlangan bidang utama masing-masing.
Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata, kerajaan negeri akan memberi pandangan dan maklumat balas secara rasmi secepat mungkin mengenai penggabungan itu kepada KPM.
"Semalam, saya bertemu dengan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik di Putrajaya dan beliau memaklumkan jawatankuasa KPM akan bertemu dengan kerajaan negeri untuk menyalurkan maklumat dan mendapatkan maklumat balas daripada kerajaan negeri mengenai perkara itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri,. di Jabi di sini.
Beliau berkata walaupun kedua-dua universiti itu telah bersetuju secara prinsip untuk bergabung, prosesnya akan memakan masa yang lama kerana ia adalah penggabungan kali pertama Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.
"Tiada model yang pernah wujud sebelum ini untuk dijadikan contoh...namun, saya percaya pihak kementerian pasti mempunyai cara untuk menguruskannya.
"Kita ada pandangan tersendiri dan saya percaya sepanjang proses (merangka penggabungan) ini, kerajaan negeri akan terus bagi pandangan kepada jawatankuasa tersebut pada waktu yang akan ditetapkan nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 26 2019

Pihak pengurusan tertinggi kedua-dua universiti itu sudah mula mendapat gambaran mengenai model universiti baharu.
AWANI Pagi: ASEAN Kita | Building a safer ASEAN in a digital age
How prepared is ASEAN to confront growing cyber threats? How can we build a safer digital space together? Join us on ASEAN KITA as we discuss ASEAN’s cybersecurity challenges with Adjunct Professor Murugason R. Thangaratnam, Chief Executive Officer of Novem CS.

Remaja ditikam gara-gara ekzos motosikal bunyi bising
Pasukan penyelamat memberikan rawatan awal sebelum membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut.

Trump ancam Iran jika Houthi terus menyerang
Trump menyatakan, serangan yang dilakukan oleh kumpulan Houthi akan dianggap sebagai tindakan langsung oleh Iran.

Perkhidmatan WHO di Afghanistan berisiko ditutup pada Jun
WHO menyatakan kekurangan dana ini berpunca daripada perubahan dalam "keutamaan bantuan pembangunan" dan pengurangan besar bantuan oleh AS.

Penduduk tuntut keadilan 59 mangsa kebakaran kelab malam
Mereka turut mendesak tindakan terhadap rasuah yang didakwa menjadi punca tragedi terburuk di negara itu dalam beberapa tahun.

Bekas Presiden Georgia, Saakashvili disabitkan kesalahan baharu
Mikheil Saakashvili yang dipenjarakan sejak 2021, dijatuhi hukuman penjara tambahan empat setengah tahun kerana memasuki negara itu secara tidak sah.
Kanada mahu Trump henti kenyataan 'tidak menghormati'
Kanada minta Presiden A.S Donald Trump henti kenyataan tidak menghormati terhadap negara itu.
Trump, Putin akan bincang tamatkan perang
Donald Trump dan Vladimir Putin akan berbincang terma yang boleh tamatkan perang di Ukraine
Trump ancam Iran jika Houthi terus menyerang
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump beri amaran akan kenakan tindakan tegas terhadap Iran jika Houthi yang disokong Tehran terus lancarkan serangan di Yaman dan Laut Merah
Amalkan sikap tabayyun demi keharmonian masyarakat - Mohd Na'im
Umat Islam diseru untuk mengamalkan sikap sabar, berfikiran terbuka, dan menyelesaikan perbezaan dengan hikmah.
Perkara itu ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Perkara itu ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.

Pelantikan Naib Canselor tidak dibuat semberono - Zambry
Pelantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor sesebuah universiti awam tidak dibuat secara semberono atau berdasarkan faktor politik seperti yang disebarkan di media sosial atau surat layang.

Tenaga kerja: Kerjasama semua agensi tangani perubahan landskap pekerjaan
Zambry berkata, kerjasama semua pihak adalah penting untuk menangani landskap pekerjaan yang berubah dengan pantas.

Celik MADANI: 1 juta pelajar IPT akan terima pelaburan awal RM50 – Amir Hamzah
Seramai satu juta pelajar Institusi Pengajian Tinggi akan menerima pelaburan awal percuma sebanyak RM50 menerusi program Celik MADANI.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

MTDC, UMS meterai MoU perkasa penyelidikan dan keusahawanan teknologi
Malaysian Technology Development Corporation menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Universiti Malaysia Sabah bertujuan memperkukuh ekosistem pembangunan teknologi, khususnya di Sabah.
![[KOLUMNIS] Graduan muamalat nak kerja apa? [KOLUMNIS] Graduan muamalat nak kerja apa?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-09/41536253475_work.jpg)
[KOLUMNIS] Graduan muamalat nak kerja apa?
Peluang kerjaya bagi graduan muamalat termasuk perbankan Islam, takaful, institusi zakat dan wakaf, serta konsultan kewangan Islam.

Kempen keselamatan dalam talian antara program 'flagship' tahun ini - Fahmi
Kempen ini dimulakan dengan fokus kepada Universiti Awam (UA) dan akan melibatkan pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk menyebarkan mesej keselamatan dalam talian.

Polis terima laporan kes simbah cat merah di kedai serbaneka UM
Difahamkan kejadian itu ada kaitan dengan isu penjualan produk sandwich ham dan keju yang mencetus kontroversi, baru-baru ini.

Kes pukul: 12 pelajar IPTA bebas dengan jaminan polis
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.

"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"