Beberapa universiti tempatan mengambil langkah proaktif bagi mencegah jangkitan 2019 novel koronavirus dalam kalangan warga universiti, termasuk melakukan saringan kesihatan ke atas pelajar dari China.
Warga universiti juga digesa mendapatkan rawatan jika mengalami demam, batuk atau kesukaran bernafas.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan universiti akan melaksanakan saringan kesihatan terhadap bakal pelajar baharu dari China yang mendaftar pada kemasukan baharu esok.
"Ini akan turut dilakukan terhadap pelajar semasa yang mungkin baru pulang dari negara mereka. Rekod perjalanan juga akan diperiksa sebagai langkah pencegahan awal," menurut universiti itu.
Warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baru pulang dari negara yang dilanda wabak koronavirus juga dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di hospital berdekatan atau mengunjungi Pusat Kesihatan UiTM sekiranya mengalami demam, batuk atau kesukaran bernafas.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Hati-hati dengan wabak koronavirus!
Jabatan Komunikasi UiTM dalam satu kenyataan menyatakan bahawa warga universiti diwajibkan mendapat nasihat keselamatan daripada pusat kesihatan universiti sebelum menghadiri sebarang lawatan ke negara yang dilanda jangkitan virus itu.
Mereka turut diminta sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi termasuk kerap mencuci tangan serta sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung.
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) juga akan membuat saringan terhadap semua pelajar antarabangsa terutama dari China.
Naib Canselor UniMAP Prof Dr R Badlishah Ahmad berkata pihaknya telah mengarahkan segala aktiviti dan perjalanan yang melibatkan kakitangan serta pelajar ke China ditangguhkan.
Selain itu, UniMAP juga telah mengarahkan semua staf yang bertugas di kaunter (frontliner) untuk sentiasa memakai penutup hidung dan mulut serta menggunakan pencuci tangan.
Universiti Utara Malaysia (UUM) juga akan menyaring semula tahap kesihatan pelajar warga China yang baru tiba walaupun telah melalui prosedur itu di pintu masuk negara ini sebagai langkah berwaspada terhadap jangkitan novel koronavirus.
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UUM Profesor Dr Yusnidah Ibrahim berkata saringan oleh Pusat Kesihatan Universiti (PKU) sebaik pelajar berkenaan tiba di universiti bertujuan menjamin kesihatan warga kampus berada pada tahap optimum.
Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata UUM memandang serius sebarang risiko penyebaran jangkitan virus itu di universiti yang mempunyai ramai pelajar antarabangsa termasuk 422 dari China.
Katanya, UUM juga memutuskan beberapa langkah proaktif bagi tujuan pencegahan termasuk menangguhkan segala aktiviti staf dan pelajar ke China buat sementara waktu.
Dalam pada itu, pelajar antarabangsa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang akan mendaftar pada 6 Feb perlu melalui saringan kesihatan oleh Pusat Kesihatan Universiti (PKU) sebagai langkah mencegah penyebaran koronavirus.
Naib Canselor UTeM Prof Datuk Dr Raha Abdul Rahim berkata universiti itu juga telah mengarahkan penangguhan serta-merta semua aktiviti dan perjalanan melibatkan staf dan pelajar ke negara China.
"Seluruh warga UTeM turut digalakkan memakai topeng muka terutama petugas kaunter hadapan dan pejabat-pejabat yang berurusan secara langsung dengan pelajar antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 29 2020
Warga UiTM yang baru pulang dari negara yang dilanda wabak koronavirus juga dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di hospital berdekatan. - Gambar fail
Kenanga Investment Bank jangka e-invois beri kesan terhad ke atas jualan kereta
Pelaksanaan e-invois memberi kesan yang terhad ke atas jualan kereta apabila pengeluar kereta meningkatkan usaha memberikan diskaun dan rebat bagi mengekalkan permintaan.
Pemerintah Indonesia komited jadikan Bali nadi pelancongan negara
UNWTO mengiktiraf kawasan pelancongan berkenaan sebagai antara yang terbaik di dunia bagi tahun ini.
AS$1.7 bilion dana syarikat penerbangan disekat di beberapa negara - IATA
Beberapa kerajaan bertindak menyekat penghantaran pulang dana syarikat penerbangan yang berjumlah AS$1.7 bilion setakat akhir Oktober 2024.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
BSSM seru lebih ramai wanita jadi sukarelawan
Kehadiran sukarelawan wanita di lapangan akan menjadikan bantuan lebih inklusif dan mudah diakses oleh semua golongan, kata Tunku Puteri Intan Safinaz.
Yayasan Waqaf Malaysia diseru urus harta wakaf dengan tatakelola baik - Mohd Na'im
Menteri Hal Ehwal Agama minta Yayasan Waqaf Malaysia urus harta waqaf dengan tatakelola yang baik agar dapat memberikan manfaat kepada pembangunan ummah.
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rakyat Pahang dinasihat berwaspada dan patuh arahan pihak berkuasa
Rakyat Pahang khususnya yang menetap di kawasan berisiko banjir diminta lebih berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk bersedia untuk berpindah ke PPS yang ditetapkan.
Tumpuan Selasa – 10 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Rakyat Syria mulakan hari dengan penuh harapan
Selepas 50 tahun rakyat Syria memulakan hari mereka dengan penuh harapan selepas Assad tumbang
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Sabah catat lebih 2.4 juta pelancong sembilan bulan pertama tahun ini
Sabah mencatatkan 2.41 juta ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan pelancong teramai dari China iaitu 39 peratus daripada jumlah berkenaan.