Jabatan Pertanian Kedah meminta penduduk di sekitar kawasan tepi laut dekat Tebengau, Kuala Kedah yang di serang ulat bulu hitam agar tidak panik.
Menurut Pengarah Pertanian Kedah, Mohamed Bukhori Abdul Rahman, pihaknya telah mengarahkan pasukan khas dari unit “bio security” Jabatan Pertanian menyiasat punca kehadiran ribuan ulat bulu hitam 'naik hantu' di kawasan penempatan penduduk.
“Kita belum dapat maklumat yang lengkap tentang fenomena ini, jadi kita akan cuba dapatkan maklumat. Ulat ini kita akan hantar ke makmal, jadi kita nak tahu juga ulat seperti ini selalunya terdapat di kawasan bagaimana? di mana kawasan-kawasan terdapat ulat ini? Tetapi apa yang kita lihat pokok api-api inilah yang menjadi tempat habitat ulat ini buat masa sekarang,” kata Mohamed Bukhori kepada Astro AWANI, di sini, hari ini.
BACA: Kenduri kahwin bertukar gawat di Kuala Kedah, jutaan ulat jadi tetamu tak diundang
Katanya lagi, ini merupakan kejadian pertama di negeri Kedah serangan spesis ulat bulu hitam ini sehingga mengakibatkan ada di kalangan penduduk yang terkena cecair daripada ulat terbabit akan menjadi gatal dan alahan pada kulit.
Bagaimanpun untuk langkah pengawalan supaya ulat-ulat ini tidak membiak dan berterbangan ke kawasan penduduk beliau telah mengarahkan anggota untuk memulakan penyemburan racun serangga.
Kerja-kerja penyemburan akan dilakukan pada esok hari melibatkan kawasan sejauh satu kilometer sepanjang pantai yang terdapat pokok api api ini.
Semalam Astro AWANI melaporkan, ribuan ulat bulu hitam telah menyerang kawasan penempatan penduduk di Tebengau, Kuala Kedah sehingga menjejaskan majlis perkawinan yang berlangsung.
Akibat serangan ulat itu ramai tetamu jemputan terpaksa pulang lebih awal setelah kawasan khemah dipenuhi ulat berkenaan yang dipercayai datang dari pokok api-api di tepi laut.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Nov 28 2016
Ribuan ulat bulu hitam telah menyerang kawasan penempatan penduduk di Tebengau, Kuala Kedah sehingga menjejaskan majlis perkawinan yang berlangsung. - Foto Astro AWANI
Pelabur perlu deposit RM2 juta jika mahu berhijrah ke Sarawak - Abang Jo
Premier Sarawak bersetuju dengan cadangan bahawa pelabur yang berminat untuk berhijrah ke negeri itu perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM2 juta.
Tanabalan tiba di Madinah selepas 40 hari kembara motosikal
Tanabalan selamat tiba di Madinah pada Sabtu selepas memulakan kembara pada 20 Mac lepas.
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anjing kejar budak berjaya ditangkap, ada pemilik - PBT
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.
Fokus Minggu Depan: Soladiriti Gaza merentasi bangsa dan agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mangsa banjir 'termenung' berdepan bau busuk
Air bertakung atau banjir 'termenung' itu bertukar warna, berbau kurang enak dan menyebabkan kegatalan apabila terkena kulit.
Usah panik fenomena ulat bulu hitam 'naik hantu' di Kuala Kedah - Pengarah Pertanian
Pengarah Pertanian Kedah telah mengarahkan pasukan khas dari unit -bio security- Jabatan Pertanian menyiasat punca kehadiran ribuan ulat bulu hitam itu ke kawasan penempatan penduduk.
Kenduri kahwin bertukar gawat di Kuala Kedah, jutaan ulat jadi tetamu tak diundang
Malah, tetamu jemputan terpaksa pulang lebih awal apabila kawasan itu dipenuhi ulat berkenaan yang dipercayai datang dari pokok api-api di tepi laut.