awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebenaran merancang perlu untuk bina rumah ibadat - Nga
Buang puntung rokok di tempat awam, warga Singapura didenda RM1,500
Mahkamah Persekutuan putuskan bebas atau penjara Isa Samad esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ustaz Kazim masuk pejabat walaupun belum sihat

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/05/2020
05:11 MYT
Ustaz Kazim masuk pejabat walaupun belum sihat
Ustaz Kazim menggagahkan diri masuk ke pejabatnya di Al Barakah di Ipoh, hari ini. - Facebook Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias
Walaupun belum sihat sepenuhnya, pendakwah bebas terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim menggagahkan diri masuk ke pejabatnya di Al Barakah di sini, hari ini.
Dalam posting terbaru beliau di laman Facebooknya, Ustaz Kazim yang baru keluar hospital petang semalam berkata, beliau rindu sangat dengan pusat pendidikannya itu.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakannya.
“Kalau Allah izinkan saya nak buat Live FB balik. Terima kasih atas ingatan semua. Maafkan saya jika ada salah dan silap. Halalkan makan minum.
"Saya mohon sepuluh jari memohon kemaafan andai terkasar bahasa,” katanya dalam posting pada tengah hari ini.
Ustaz Kazim Elias dibenarkan pulang ke rumah petang semalam, selepas dimasukkan di sebuah hospital swasta di sini, pada Selasa.
Menurut abang beliau, Datuk Mohd Najmuddin Elias Al-Hafiz, adiknya dibenarkan keluar untuk berehat di rumah setelah pihak hospital berpuas hati tahap kesihatan yang semakin memuaskan.
Sumber Facebook ustazmohdkazim
Topic Berkaitan
#Al Barakah
#Ipoh
#keluar hospital
#kesihatan
#masuk pejabat
#Mohd Kazim Elias
#pusat pendidikan
#rumah
#sakit
#sihat
#Ustaz Kazim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan