Astro AWANI melancarkan program berita di plaform web terbaharu, "V!VA". Program tersebut akan bermula pada 25 Ogos jam 9 malam, dan akan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat.
Penerbit V!VA, Luqman Hariz berkata program ini bertujuan menjelaskan berita kepada penonton dengan cara yang paling berkesan.
"Memandangkan kita hidup dalam dunia yang dibanjiri terlalu banyak maklumat dan terlalu sedikit konteks, keperluan untuk menyampaikan berita dalam versi yang lebih berkesan adalah tinggi," kata Luqman.
Menerusi V!VA, wartawan-wartawan Astro AWANI menghuimpunkan berita-berita utama setiap hari bagi memastikan penonton terus bermaklumat mengenai isu yang relevan dalam dunia yang pantas hari ini.
Penyampai V!VA Ibrahim Sani berkata: "Sekarang ini sudah tidak perlu lagi untuk menonton buletin berita setengah jam. Hasrat kami adalah untuk memastikan V!VA dipakejkan sebagai buletin lima minit. Jika kami boleh mencapai apa yang perlu dalam durasi kurang daripada lima minit, itu lebih baik."
Jangan lupa tonton V!VA, rangkuman berita yang direka khas untuk media sosial di astroawani.com/viva, saluran YouTube Astro AWANI dan akaun Facebook rasmi Astro AWANI.
V!VA juga akan disiarkan dalam Buletin AWANI jam 10 malam di Saluran berita 501.
Astro Awani
Fri Aug 25 2017
Jangan lupa tonton V!VA, rangkuman berita yang direka khas untuk media sosial di astroawani.com/viva, saluran YouTube Astro AWANI dan akaun Facebook rasmi Astro AWANI.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
Semua pihak main peranan semak kesahihan berita, elak salah faham
Fahmi berkata penyebaran maklumat yang berlaku dengan pantas dan tidak diperiksa dengan teliti mampu menimbulkan tohmahan dan fitnah.
[KOLUMNIS] Bahasa kewartawanan: Tepat dan padat
Penggunaan bahasa yang baik dan benar sangat membantu penyampaian maklumat kepada khalayak masyarakat dan pembaca.
Meta Platforms bakal tamatkan akses berita Kanada
Perundangan itu memaksa Meta membayar pautan atau kandungan yang platform itu siarkan.
Media mainkan peranan penting pastikan konteks sebenar berita tidak cetus ketegangan
Peranan media adalah amat penting bagi memastikan konteks sebenar sesuatu berita yang berpotensi menjadi pencetus ketegangan dapat disampaikan dengan baik.
Kualiti individu dalam bidang kewartawanan perlu ditingkatkan - Pakar
Maklumat berita yang bermutu dapat meningkatkan daya pemikiran, integriti dan kebijaksanaan masyarakat dalam membuat keputusan.
Tiada kebebasan mutlak, wartawan, organisasi media harus terus tingkat kualiti
Walaupun tidak wujud kebebasan mutlak dalam industri media, wartawan dan organisasi media harus terus meningkatkan kualiti pelaporan berita mereka.
Annuar zahirkan penghargaan kepada semua petugas media
Pihak media diperlukan untuk memainkan peranannya dalam menyampaikan maklumat yang sahih kepada orang ramai.
Agensi Anadolu Turki bakal siarkan Olimpik Tokyo dalam 12 bahasa
Agensi Berita Turki itu merancang menyampaikan berita dan gambar menarik atlet terkenal dunia dan 108 pasukan yang akan bertanding dalam 18 acara.
CNN perkenal perkhidmatan penstriman, CNN plus
CNN plus akan bekerja seiring dengan rangkaian televisyen CNN yang sedia ada dan akan menyiarkan siaran langsung lapan hingga 12 jam sehari.
Mufti Perlis menang saman fitnah peroleh ganti rugi RM150,000
Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Ishak Bakri membuat perintah itu selepas membenarkan tuntutan Mohd Asri sebagai plaintif dalam saman fitnah yang difailkannya terhadap Arunakirinathan selaku defendan.