KUALA LUMPUR: Sebanyak tujuh negeri dan wilayah telah melepasi 50 peratus populasi dewasa dalam pemberian dos pertama vaksin COVID-19, setakat Selasa.

Antaranya, Selangor dan Kuala Lumpur 97.8 peratus, Labuan (95.3%), Sarawak (85.2%), Negeri Sembilan (74.5%), Perlis (64%), Pulau Pinang (58.9%) dan Melaka (52.2%)

Menurut data dikongsikan Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), negeri yang telah melepasi 50 peratus dengan lengkap dua dos vaksin adalah Labuan 82.7 peratus dan Sarawak 68 peratus.


Bagaimanapun pemberian vaksinasi harian COVID-19 dalam negara jatuh di bawah paras 500,000 selama tiga hari berturut-turut iaitu merekodkan 483,368 dos, pada Selasa.

Ini menjadikan jumlah kumulatif suntikan vaksin COVID-19 di negara ini sebanyak 22,152,367 dos merangkumi 62.8 peratus bagi dos pertama dan 31.8 peratus dos kedua.