awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS gagalkan cubaan empat warga China masuk Malaysia
UAE tarik keluar baki pasukan dari Yaman selepas krisis dengan Arab Saudi
New York isytihar darurat berikutan ribut kuat musim sejuk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: 75.7 peratus populasi keseluruhan lengkap vaksin

Astro Awani
Astro Awani
11/11/2021
22:44 MYT
Vaksin COVID-19: 75.7 peratus populasi keseluruhan lengkap vaksin
Terdapat pertambahan 143,662 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 24.73 juta individu atau 75.7 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19, setakat Khamis.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, 78.3 peratus atau 25.573 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Manakala seramai 22.258 juta individu atau 95.1 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.
Sementara 97.6 peratus atau 22.843 juta daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi remaja pula, seramai 2,472 individu atau 78.5 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2.729 juta individu atau 86.7 peratus mendapat satu dos.
Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.
Terdapat pertambahan 143,662 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 50.946 juta dos.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#PICK
#COVIDNOW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan