awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Kerajaan nafi penggunaan kad fizikal bercetak

Astro Awani
Astro Awani
24/07/2021
05:33 MYT
Vaksin COVID-19: Kerajaan nafi penggunaan kad fizikal bercetak
Ketika ini Malaysia hanya mengguna pakai sijil digital di aplikasi MySejahtera dan kad vaksinasi diterima oleh individu di PPV. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan menafikan penggunaan kad fizikal bercetak bagi individu yang lengkap suntikan vaksin COVID-19 dijual di pasaran seperti yang tular di media sosial.
Menerusi satu pemakluman berita palsu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memaklumkan kad fizikal yang dijual tersebut tidak diiktiraf kerajaan atau diterima sebagai bukti telah melengkapkan dos suntikan vaksin buat masa ini.
Ini kerana, kenyataan itu memaklumkan kerajaan masih menunggu kelulusan Kabinet untuk mengeluarkan MY COVID-19 Vaccination Badge.
"Sebaliknya, ketika ini hanya mengguna pakai sijil digital di aplikasi MySejahtera dan kad vaksinasi diterima oleh individu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
"Orang ramai disaran untuk sentiasa merujuk laman sesawang dan media sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) untuk mendapatkan maklumat terkini yang sahih," memetik kenyataan tersebut.
Tular sejak semalam video yang menunjukkan sekeping kad fizikal bercetak yang didakwa sebagai kad pengesahan seseorang itu telah lengkap divaksin.
Topic Berkaitan
#bekalan vaksin
#KKMM
#PPV
#Pusat Pemberian Vaksin
#suntikan
#berita palsu
#COVID-19
#vaksin
#Kementerian Komunikasi dan Multimedia
#Kementerian Kesihatan
#MySejahtera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan