KUALA LUMPUR: Pekerja dalam industri perkilangan dan pembuatan khususnya di Pulau Pinang dan Selangor akan diberikan keutamaan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata ini kerana kedua-dua negeri itu merupakan zon industri dengan aktiviti ekonomi yang amat rancak.
"Kita ambil maklum Pulau Pinang dan Selangor antara negeri yang menyumbang kepada ekonomi negara sebab wujudnya industri dan aktiviti ekonomi yang rancak... maka ini adalah zon-zon yang akan diberikan keutamaan untuk pekerja-pekerja dalam industri perkilangan dan pembuatan mendapatkan suntikan vaksin," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Program Mengedar Bubur Lambuk di Hulu Kelang dekat sini, hari ini, sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow bahawa kerajaan negeri itu masih menunggu maklum balas daripada Kerajaan Pusat berhubung gesaan supaya pekerja sektor industri dan perkilangan yang dikategorikan sebagai barisan hadapan ekonomi diberi keutamaan menerima vaksin COVID-19.
Mengulas lanjut, katanya kerajaan amat komited untuk memastikan proses Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dapat dilaksanakan seberapa segera termasuklah pemberian suntikan terhadap pekerja asing.
"Sebabnya mereka ini memainkan peranan penting dalam memulihkan aktiviti ekonomi negara, tetapi seperti yang telah diumumkan Khairy Jamaluddin (Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan) bahawa kita juga berdepan dengan masalah bekalan vaksin.
"Sekiranya bekalan vaksin ini dapat tiba dalam negara pada waktu yang telah dijadualkan, kita yakin proses ini (suntikan vaksin) dapat disempurnakan selewat-lewatnya sehingga hujung tahun ini. Setakat ini pembekalan vaksin berjalan dengan baik dan lancar. Kita dimaklumkan dalam bulan Mei dan Jun jumlah bekalan akan meningkat dengan lebih besar dan ini akan mempercepatkan proses imunisasi," katanya.
Ditanya apakah tindakan pihak kementerian sekiranya negara berdepan gelombang keeempat COVID-19 memandangkan sektor industri ketika ini dibenarkan beroperasi pada kapasiti 100 peratus, Mohamed Azmin berkata pihaknya sedia mengambil sebarang tindakan sekiranya terdapat penilaian risiko yang dikemukakan Kementerian Kesihatan (KKM).
"Apa kita lakukan sekarang adalah tindakan sebelum berlakunya penularan yang serius dengan perkenalkan usaha-usaha pendekatan atau prosedur operasi standard (SOP) 'safe at work' supaya industri perkilangan dan pembuatan dapat berjalan tanpa gangguan dengan pematuhan ketat pada SOP.
"Tetapi sekiranya ada penilaian risiko dikemukakan pihak KKM, kita akan ambil tindakan tegas sebab kesihatan dan keselamatan rakyat adalah keutamaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 13 2021
Azmin berkata ini kerana kedua-dua negeri itu merupakan zon industri dengan aktiviti ekonomi yang amat rancak. - Bernama
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.