KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menawarkan perkhidmatan vaksinasi dos penggalak COVID-19 secara jumpa terus kepada golongan berusia 18 tahun ke atas, di semua pusat pemberian vaksin (PPV) seluruh negara mulai esok.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata bagi PPV pengamal perubatan swasta (GP) pula, individu dimohon menghubungi klinik swasta terlibat bagi menentukan masa yang sesuai, untuk mendapatkan janji temu vaksinasi dos penggalak itu.
"Ini bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan prosedur operasi standard (SOP) dapat dipatuhi pada setiap masa, kerana mengambil kira ruang yang terhad di klinik swasta," katanya dalam kenyataan hari ini.
Khairy berkata individu yang ingin hadir secara jumpa terus, perlu mempunyai sijil vaksinasi digital lengkap dalam aplikasi MySejahtera, bagi melancarkan proses vaksinasi.
"Namun, bagi mereka yang tidak mempunyai sijil vaksinasi digital kerana tiada telefon pintar, maka dikehendaki membawa kad vaksinasi fizikal ke PPV," katanya sambil menambah jenis vaksin diberikan adalah terhad kepada bekalan yang ada di setiap PPV.
BACA: 'Walk-in' dos penggalak di PPS, NGO kesihatan bermula esok - ProtectHealth
Beliau berkata senarai PPV GP serta 'Offsite' boleh disemak melalui laman sesawang 'ProtectHealth' iaitu www.protecthealth.com.my dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
"KKM menjangkakan mobiliti penduduk di dalam negara akan meningkat dan lebih banyak aktiviti sosial atau perkumpulan keluarga akan berlaku, memandangkan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
"Sehubungan itu, KKM amat mengalakkan semua penduduk di Malaysia yang layak, untuk mendapatkan dos penggalak dengan segera bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti," tambahnya.
Sehingga semalam, seramai 11,531,403 atau 49.3 peratus penduduk Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas, telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 28 2022

Khairy berkata bagi PPV pengamal perubatan swasta (GP) pula, individu dimohon menghubungi klinik swasta terlibat bagi menentukan masa yang sesuai, untuk mendapatkan janji temu vaksinasi dos penggalak itu. - Gambar fail/BERNAMA

Program Jom Tengok Bola semai semangat perpaduan rakyat - Halimah
Program anjuran bersama Astro AWANI itu amat bertepatan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia.

Vaksin COVID-19 | WHO luluskan penggunaan kecemasan Cansino
Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi kelulusan kecemasan bagi penggunaan vaksin yang dikeluarkan Cansino Biologics di China. Ini merupakan vaksin kesebelas seumpamnya yang menerima kelulusan.

COVID-19 Global | Jumlah kes baharu melebihi setengah bilion
Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di peringkat global kini melebihi setengah bilion. Dalam tempoh 24 jam lepas terdapat pertambahan ratusan ribu kes menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan melebihi angka 523 juta.

COVID-19 Global | Pertambahan lebih 2,000 korban baharu dalam sehari
Berdasarkan data John Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 2 ribu kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.27 juta kes.

Keanggotaan NATO | Biden alu-alukan permohonan Sweden & Finland
Presiden Joe Biden mengalu-alukan permohonan Sweden dan Finland untuk menganggotai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, NATO. Jelas beliau, keanggotaan dua negara ini akan menguatkan lagi NATO, yang merupakan asas kepada keselamatan Amerika.

Keanggotaan NATO | Turki tetap bantah Sweden & Finland
Turki secara terbuka membantah bidaan Sweden dan Finland untuk menganggotai NATO. Presidennya, Recep Tayyip Erdogan bertegas akan kekal dengan pendirian itu.

Misi ke Marikh | NASA cari kewujudan makhluk asing di Marikh
Kenderaan robotik dilancarkan Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Perseverance mencapai detik penting dalam misi pencarian bukti kehidupan lampau di planet Marikh. Ia yang mendarat di planet merah pada Februari tahun lalu, bakal memulakan perjalanan mencari tapak sampel yang mungkin mengandungi kehidupan mikrob dan organik purba.

Krisis Ukraine | Bekalan makanan global terjejas akibat perang
Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine kini menjejaskan bekalan makanan global. Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken mendakwa eksport Ukraine ke negara membangun terhenti, gara-gara penutupan Pelabuhan Laut Hitam.

Perpaduan | Program Jom Tengok Bola semai perpaduan
Menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat menerusi sukan. Itu antara matlamat Kementerian Perpaduan Negara dalam program Jom Tengok Bola Harimau Muda menentang Vietnam di restoran Hakim di Shah Alam pada Khamis.

Persidangan Ulama | Bincang nasib Masjidil Al-Aqsa
Kira-kira 200 ulama dari dalam dan luar negara berkumpul di Sepang, Selangor selama tiga hari bagi menghadiri sidang Kemuncak Ulama 2022 bermula hari ini. Sidang kemuncak itu antara lain bertujuan mencari resolusi untuk membebaskan Masjidil Aqsa daripada serangan tentera Israel.

30.2 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, 2,906,035 atau 93.4 peratus telah lengkap menerima vaksinasi.

Jepun dijangka benarkan kemasukan pelancong asing pada Julai
Negara matahari terbit itu juga dijangka menarik balik larangan ke atas pelancong asing pada bulan berikutnya.

Semua aktiviti sukan dan rekreasi dibenarkan tanpa sekatan, status vaksinasi - KBS
Mulai esok, semua jenis aktiviti sukan dan rekreasi dibenarkan tanpa sebarang had atau sekatan termasuk status vaksinasi dan limitasi masa.

Pegawai penguat kuasa KPDNHEP periksa secara rawak status pengunjung, pekerja premis
Pegawai penguat kuasa KPDNHEP akan menjalankan semakan secara rawak status pengunjung dan pekerja di premis perniagaan di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19.

Tahap vaksinasi kanak-kanak membimbangkan, PICKids mungkin hanya capai 45 peratus sahaja - Khairy
Kadar pemberian dos 1 dan 2 untuk kanak-kanak adalah masing-masing 42.3 peratus dan 21.4 peratus.

Bermula 1 Mei, pelitup muka di luar bangunan, kawasan terbuka tidak lagi wajib - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia memutuskan pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor), tidak lagi diwajibkan.

Thailand mansuh ujian COVID-19 ketika ketibaan bermula 1 Mei
Thailand terus melonggarkan syarat kemasukan dengan membatalkan ujian RT-PCR bagi ketibaan antarabangsa untuk individu lengkap vaksinasi mulai 1 Mei.

Singapura sambung semula perkhidmatan bas dan teksi rentas sempadan ke Malaysia mulai 1 Mei
Ia berikutan pembukaan semula sempadan darat antara kedua-dua negara, menurut Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian (MTF) bagi COVID-19.

Jumlah penumpang udara di Singapura cecah 31 peratus
Ia berikutan pembukaan semula sempadan kepada pengembara lengkap vaksinasi, mulai 1 April 2022.

Lebih 300,000 kanak-kanak telah lengkap vaksinasi COVID-19
Seramai 1,390,105 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 39.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.