SHAH ALAM: "Pengalaman mengangkat mayat mangsa lemas dan berbau merupakan peristiwa tidak dapat dilupakan sepanjang 29 tahun berkhidmat dengan Angkatan Pertahanan Awam (APM)," luah veteran APM, Mohd Idris Ab Hamid.
Berkongsi pengalaman Mohd Idris, 69, berkata, mangsa seorang lelaki dilaporkan terjatuh ke dalam sungai di Klang pada 1990.
"Bau mayat yang telah meninggal dunia lebih tujuh hari itu sangat kuat sehingga 'melekat' di hidung dan tangan saya apabila mengangkat mayat tersebut," katanya ketika lawatan Pengarah APM Selangor, Mulliadi Al-Hamdi Ladin ke rumah Mohd Idris di Klang pada Ahad.
Mohd Idris berkongsi petua untuk menghilangkan bau mayat adalah dengan menyapu serta menggosokan sedikit belacan di tapak tangan, kemudian menghidu belacan tersebut.
"Lama-kelamaan bau mayat dan belacan itu akan sebati," katanya.
Mohd Idris berkata, beliau berkhidmat dengan APM sejak 1982 dan bersara pada 2011.
"Pada ketika itu, saya bekerja sepenuh masa di Pelabuhan Klang, saya memilih APM kerana minat dengan pasukan badan beruniform.
"Saya tidak memikirkan duit elaun hanya 60 sen sejam pada masa itu, dalam keadaan tertentu saya dapat RM12 sebulan yang dibayar tunai," katanya.
Mohd Idris berkata, beliau berasa puas hati apabila dapat membantu manusia lain yang ditimpa bencana atau kesusahan.
"Saya juga pernah bertugas ketika tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Ampang pada Disember 2008, seramai empat mangsa terkorban akibat kejadian tanah runtuh tersebut.
"Saya merasai situasi di zon merah bersama penyelamat yang lain dan membantu mengeluarkan mangsa yang terkorban akibat tertimbus," katanya.
Mohd Idris berkata, sebagai pasukan berpakaian seragam dan penyelamat, anggota APM baharu perlu ada jiwa dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.
"Kita perlu terus berjuang serta bersemangat dalam memikul tanggungjawab serta tugas yang perlu dilaksanakan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 09 2023
Mulliadi Al-Hamdi Ladin (tengah) ketika melawat Mohd Idris di rumahnya di Klang pada Ahad. - Foto Sinar Harian
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Veteran APM kongsi petua guna belacan 'tutup' bau mayat
Beliau berasa puas hati apabila dapat membantu manusia lain yang ditimpa bencana atau kesusahan.