awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes selesema melebihi tahap amaran di Jepun
313,529 saman dikeluarkan di KL sejak 1 Oktober lalu
Pendatang Israel serang dua rakyat Palestin, larikan 150 ekor kambing di timur Ramallah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Veteran ATM diseru sertai ekonomi gig tingkatkan pendapatan

Bernama
Bernama
23/06/2022
06:49 MYT
Veteran ATM diseru sertai ekonomi gig tingkatkan pendapatan
Mohd Reza turut menyeru syarikat-syarikat korporat dan badan bukan kerajaan untuk bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan dan JHEV untuk membantu meningkatkan sosioekonomi veteran ATM. - Bernama
KUALA LUMPUR: Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digalak melibatkan diri dalam ekonomi gig untuk menjana pendapatan sampingan bagi meningkatkan sosioekonomi keluarga.
Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata peluang menjana pendapatan melalui ekonomi gig perlu dimanfaatkan oleh golongan veteran kerana ia mampu menjana pendapatan sampingan yang agak lumayan.
"Oleh sebab itu Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dalam Simposium Kerjaya dan Aspirasi Veteran ATM telah mengadakan kerjasama dengan dua syarikat sebagai rakan strategik, Carpedia dan Code 7 Tech Sdn Bhd sebagai platform untuk lebih ramai veteran menceburi bidang ekonomi gig ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan simposium itu di sini hari ini.
Program sehari itu disertai 60 syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan selain peluang dan ilmu keusahawanan dan motivasi kepada veteran ATM.
Mohd Reza turut menyeru syarikat-syarikat korporat dan badan bukan kerajaan untuk bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan dan JHEV untuk membantu meningkatkan sosioekonomi veteran ATM yang banyak berkorban untuk menjaga keselamatan negara.
"Veteran ATM mempunyai pengalaman dan kemahiran tinggi yang mereka peroleh semasa berkhidmat dan saya yakin mereka mampu melakukan sebarang pekerjaan jika diberikan peluang," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah JHEV Mej Jen Datuk Dzulkarnain Ahmad berharap program simposium itu dapat dianjurkan di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#VETERAN ATM
#ekonomi gig
#pendapatan
#Mohd Reza Mohd Sany
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan