HULU SELANGOR: Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Teo Nie Ching hari ini memaklumkan video yang dimuat naik di semua platform media sosialnya pada 26 April lepas telah disalah sunting dan disebarkan dengan niat jahat.
Beliau berkata video itu adalah mengenai akaun palsu yang diwujudkan atas nama calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).
Video itu adalah temu bual Teo dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) namun telah disalah sunting.
"Oleh itu, pada hari ini satu laporan polis telah dibuat oleh pegawai media saya terhadap individu-individu yang telah menyebarkan keratan gambar atau suntingan video tersebut di mana-mana platform, yang jelas berniat jahat dan merupakan satu fitnah keji terhadap parti DAP dan juga calon Perpaduan dalam PRK ini," menurutnya dalam catatan di laman Facebook.
Timbalan Menteri Komunikasi itu berkata pilihan raya bukanlah tiket untuk mana-mana pihak menyebarkan fitnah dengan niat mencetuskan perbalahan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.
"Seperti dalam video penuh tersebut, saya ingin menggalakkan masyarakat untuk buat semakan terhadap apa-apa kandungan teks, gambar atau video yang diterima dengan akaun atau laman rasmi sebelum menyebarkan sesuatu yang barangkali hanyalah berita palsu atau fitnah semata-mata," katanya.
Khamis lepas, Teo berkata DAP meminta Meta menutup akaun palsu calon Kerajaan Perpaduan bagi PRK KKB yang didakwa dicipta oleh pihak tertentu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
Teo berkata pilihan raya bukanlah tiket untuk mana-mana pihak menyebarkan fitnah dengan niat mencetuskan perbalahan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama. - Gambar fail
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenal - Saifuddin
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan hari ini bagi memastikan penggiat seni hasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif.
Siti Bainun tarik rayuan tangguh hukuman penjara 12 tahun
Siti Bainun menarik balik permohonan untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun atas dua sabitan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down dikenali Bella.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
PH kerja keras pertahan DUN KKB, tidak mahu berasa selesa
Walaupun berjaya menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) selama tiga penggal sejak 2013, namun ia bukanlah tiket untuk Pakatan Harapan (PH) berasa selesa.
Peranan Kementerian Komunikasi salur dasar kerajaan terus ditambah baik - Teo
Kementerian Komunikasi akan terus menambah baik peranan mereka dalam menyampaikan maklumat berhubung dasar dan polisi Kerajaan Madani kepada rakyat Malaysia.
Waspada taktik 'scammer' guna nama pegawai Kementerian Komunikasi
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka.
1,454 kandungan 3R dalam media sosial diturunkan setakat ini - Teo
MCMC dengan kerjasama platform media sosial telah menurunkan 1,454 kandungan yang menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) antara Januari hingga Mac tahun ini.
Sejumlah 1,938 program hebahan 'Info On Wheels' dilaksana sejak Januari - Teo
Sebanyak 1,938 program hebahan 'Info On Wheels' (IOW) di 7,781 lokasi dilaksanakan Jabatan Penerangan (JaPen) dari awal Januari hingga 3 Mac.
Artis luar negara: Garis panduan Puspal dalam peringkat akhir pindaan - Nie Ching
Garis Panduan Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) sedang dalam peringkat akhir pindaan, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Teo nafi artis luar negara tidak dibenarkan menetap dua hari sebelum persembahan
Timbalan Menteri Komunikasi menafikan dakwaan bahawa artis luar negara tidak dibenarkan menetap di Malaysia dua hari sebelum persembahan dan perlu pulang dua hari selepas persembahan.
Buat aduan MCMC jika gambar, video anak dijadikan kandungan tanpa kebenaran - Nie Ching
Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak diminta membuat aduan kepada MCMC sekiranya rakaman gambar dan video anak-anak mereka dijadikan kandungan media sosial tanpa kebenaran.
Pindaan Akta 588 dijangka dibentang sidang Parlimen akan datang - Teo
Pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) sedang diperhalusi dan dijangka akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang.