awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video intim: Tempoh reman Haziq disambung tiga hari

Astro Awani
Astro Awani
20/07/2019
11:53 MYT
Video intim: Tempoh reman Haziq disambung tiga hari
Tempoh tahanan reman bekas Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan dua individu yang tamat hari ini, disambung tiga hari lagi. - Gambar fail
Tempoh tahanan reman bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan dua individu yang tamat hari ini, disambung tiga hari lagi sehingga Selasa.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata selain itu, seorang ahli perniagaan yang ditahan di Shah Alam semalam, turut direman bagi tempoh yang sama.
"Seorang lagi individu yang ditahan bersama ahli perniagaan itu bagaimanapun dibebaskan selepas keterangan diambil," katanya kepada Bernama.
Sehingga kini, polis telah menahan 11 individu termasuk Haziq Abdullah dengan tujuh daripadanya dibebaskan selepas tempoh reman tamat serta keterangan diambil.
Sementara itu, Huzir berkata pihaknya akan memanggil dua ahli politik bagi membantu siasatan kes video seks yang memaparkan individu mirip seorang menteri.
"Kedua-dua akan beri keterangan dalam masa terdekat," katanya.
Baru-baru ini, klip video seks memaparkan aksi dua lelaki tular di media sosial dan Haziq Abdullah pada 12 Jun lepas mengaku dirinya seorang daripada lelaki dalam rakaman itu.
BACA: Azmin tidak dapat dikaitkan dengan video intim - Ketua Polis Negara
Pada Khamis, Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata analisis CyberSecurity Malaysia mendapati kebarangkalian video itu tulen adalah tinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Hamid Bador
#Azmin Ali
#CyberSecurity Malaysia
#Haziq Abdullah Abdul Aziz
#Ketua AMK Santubong
#Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong
#Ketua Polis Negara
#PKR
#Tahanan reman
#video intim
#video seks
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan