SEREMBAN: Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) telah menjalankan siasatan serta-merta dan melakukan langkah penambahbaikan susulan insiden seekor tikus berkeliaran di wad 3B Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) seperti yang tular di laman sosial.
Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Harlina Abdul Rashid berkata pihaknya menambah kekerapan dalam jadual pembersihan dan kutipan sampah selain menitikberatkan penjagaan kebersihan di sekitar hospital khususnya di semua wad.
"Pihak konsesi penyelenggaraan hospital juga diarahkan mengenal pasti lokasi yang kerap didatangi tikus dan mempertingkatkan kuantiti pemasangan perangkap selain melakukan penjadualan kawalan makhluk perosak melalui aktiviti pemeriksaan rutin dan penyelenggaraan pencegahan terancang setiap hari dan bulan menggunakan kaedah bersesuaian.
"Unit Entomologi dan Pest juga turut dilibatkan dalam menjalankan siasatan dan memberi khidmat nasihat teknikal bagi memastikan pelaksanaan aktiviti pencegahan kerosakan serta kawalan makhluk perosak dapat dilaksanakan dengan berkesan," katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata JKNNS amat menghargai maklum balas yang diberikan dan sentiasa berusaha memastikan keselesaan dan keselamatan orang awam yang mendapatkan rawatan di hospital adalah terjamin.
Dua hari lepas tular rakaman video berdurasi enam saat dan 12 saat di laman sosial Twitter dan TikTok yang menunjukkan seekor tikus berkeliaran di wad kanak-kanak sebuah hospital kerajaan di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 16 2022
Pihak konsesi penyelenggaraan hospital telah diarahkan mengenal pasti lokasi yang kerap didatangi tikus dan mempertingkatkan kuantiti pemasangan perangkap.- Gambar hiasan
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Polis nafi berlaku kejadian penculikan di Kajang
Setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat yang berkaitan kejadian yang dipaparkan dalam video berkenaan.
Video tular: Pendakwah perlu berdakwah dengan ilmu, akhlak mulia - Mohd Na'im
Golongan pendakwah diingatkan agar menyampaikan dakwah dengan adab, hikmah dan akhlak mulia bagi memastikan mesej Islam diterima dengan baik oleh masyarakat.
Masidi beri keterangan sukarela di SPRM
Masidi berkata, kunjungannya ke SPRM adalah untuk membantu siasatan serta tanda sokongonnya untuk membanteras rasuah di negeri ini.
Video tular: Ular sawa lima meter antara paling panjang ditangkap - APM
Ular sawa yang tular itu dianggarkan panjang lebih lima meter dengan berat sekitar 80 kilogram semasa ditangkap di Taiping.
Lelaki dipukul gara-gara tegur bunyi ekzos kereta bising
Polis menahan seorang lelaki dipercayai memukul individu yang menegurnya akibat bunyi bising ekzos kereta pada Selasa.
Polis tahan lelaki tular aniaya kucing
Polis menahan seorang lelaki di Jalan Klang Lama petang semalam kerana disyaki melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing.
Polis sudah kenal pasti individu rosakkan motosikal di Lembah Permai
Polis menerima tiga laporan berhubung kes perbuatan khianat yang dilakukan seorang lelaki yang merosakkan dua motosikal berhampiran sebuah kondominium di Jalan Lembah Permai, Tanjong Tokong.
Polis buru tiga lelaki umpil pintu kereta
Siasatan mendapati ketika kejadian mangsa sedang membeli barangan di kedai perkakas terbabit sebelum mendengar penggera keretanya berbunyi.
Insiden penyu naik sehingga ke jalan raya bukan fenomena pelik
Jabatan Perikanan Negeri telah meneliti hantaran video tular itu dan mendapati penyu dewasa tersebut merupakan spesies penyu agar.
Lelaki cedera mata dalam pergaduhan kini stabil
Lelaki yang mengalami kecederaan dalam pergaduhan dengan seorang warga asing Sabtu lepas, telah selesai menjalani pembedahan mata dan keadaannya stabil.