awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular ceroboh rumah: Lelaki 23 tahun ditahan polis

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
21/01/2023
09:29 MYT
Video tular ceroboh rumah: Lelaki 23 tahun ditahan polis
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata lelaki itu ditahan di sebuah kawasan perumahan awam dekat Jalan Padang Tembak, kira-kira jam 12.15 pagi Sabtu. - Foto media sosial/Sinar Harian
TELUK INTAN: Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan pihak polis selepas mengaku terlibat dengan kejadian pencerobohan rumah di Taman Seri Idaman dekat sini seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata lelaki itu ditahan di sebuah kawasan perumahan awam dekat Jalan Padang Tembak, di sini kira-kira jam 12.15 pagi Sabtu.
Katanya, ketika ditahan, suspek mengaku terlibat dalam kes tersebut selain hasil pemeriksaan polis menemukan sebotol minyak wangi yang dipercayai dicuri daripada kereta mangsa.
“Pihak polis percaya dengan penangkapan yang dilakukan ke atas suspek, kes pencerobohan jenayah yang melibatkan modus operandi yang sama di sekitar daerah Hilir Perak berjaya diselesaikan.
“Penahanan reman ke atas suspek telah dibenarkan selama tiga hari sehingga 23 Januari ini oleh Mahkamah Majistret Teluk Intan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Selain itu, Ahmad Adnan berkata hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati negatif dadah, walau bagaimanapun, lelaki itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah khianat.
Pada Rabu, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi kira-kira 2 minit yang memaparkan kegiatan kes pencerobohan rumah dekat Taman Seri Idaman telah tular di media sosial.
Ahmad Adnan sebelum ini dilaporkan berkata, dalam kejadian itu, dua rumah terletak bersebelahan telah diceroboh seorang lelaki yang bertindak menyelongkar pekarangan rumah dan kenderaan yang diletakkan tidak berkunci.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan jenayah.
Topic Berkaitan
#video tular
#ceroboh rumah
#Taman Seri Idaman
#Polis Daerah Hilir Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan